Sama ada ia didorong sedikit rasa hormat atau keghairahannya untuk meneruskan momentum cemerlang, Thailand akan berkunjung ke Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis ini berbekalkan persiapan terbaiknya.
Harus diyakini ada pasukan teknikalnya – kalaupun bukan ketua jurulatihnya sendiri, Akira Nishino -- yang turut menonton aksi Malaysia ketika menundukkan Tajikistan 1-0 dalam perlawanan persahabatan Sabtu lalu.

Sudah perkara pasti Safawi Rasid tidak akan dibiarkan menikmati banyak ruang di bahagian sayap kanan seperti dalam perlawanan itu di samping percaturan Tan Cheng Hoe juga akan berdepan banyak rintangan.
Berbanding Harimau Malaya yang harus bangkit daripada dua kekalahan beturut-turut dalam pusingan kelayakan Kumpulan G, Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ini, skuad Gajah Perang itu sedang meniti di puncak prestasi.
Thailand mengepalai kumpulan dengan tujuh mata selepas tiga perlawanan – mengatasi Vietnam dengan hanya perbezaan jaringan – disusuli Emiriah Arab Bersatu (UAE) di tangga ketiga dan Malaysia di tangga keempat.
Bukan setakat itu saja yang membuat Thailand berada di awangan-awangan ketika ini.

Kejayaan terbaru menundukkan UAE 2-1 di Stadium Thammasat, Pathum Thani, 15 Oktober lalu, memberikan keyakinan ia kini sebuah barisan serba penakluk dengan rekod hampir 100 peratus kecuali seri 0-0 dengan Vietnam di tempat sendiri dalam perlawanan pertamanya pada 5 September lalu.
Harus tambah mengujakan, Thailand turut melonjak ke tangga ke-109 dalam ranking terbaru dunia – meningkat lima anak tangga menghampiri kedudukan terbaik terdahulunya ketika mengisi tangga ke-105 pada 2009 – dan ia bukan lonjakan kecil jika diambil kira mereka berada di tangga ke-121 untuk sebahagian besar tahun ini.
Menurut laporan Fox Sports Asia, peningkatan itu sebahagian besarnya boleh disandarkan kepada Nishino, dengan bekas ketua jurulatih pasukan kebangsaan Jepun 1977–78 itu dan tempoh keduanya pada 2018, mula mengambil alih teraju pasukan Gajah Perang itu pertengahan Julai lalu.
“Kami baru bermain tiga perlawanan dan kami tidak mahu memandang terlalu jauh ke depan. Kami mahu fokus kepada perlawanan satu persatu.
“Kami telah belajar banyak perkara baru dalam kemenangan ke atas UAE, yang akan membantu apabila kami berdepan Malaysia seterusnya.
“Kami perlu meneruskan persembahan kami seperti ketika menentang UAE, kami harus menunjukkan Thailand mampu bersaing dengan yang terbaik,” kata Nishino seperti dipetik laman web berkenaan.
Penyerang veteran, Teerasil Dangda, dan pemain berusia 19 tahun, Ekanit Panya, cemerlang dengan jaringan ketika membenam UAE yang dikemudi bekas pengurus skuad naib juara Piala Dunia, Belanda, Bert van Marwijk.
Untuk berdepan Malaysia, Khamis ini pula, Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) memanggil pulang gandingan penyerang dari Liga Jepun, Chanathip Songkrasin (Hokkaido Consadole) dan Thitiphan Puangchan (Oita Trinita) – yang terlepas perlawanan menentang UAE kerana kecederaan – sebagai jaminan tambahan.
Nampaknya, Thailand, yang disingkirkan Malaysia dalam separuh akhir Piala Suzuki AFF di Stadium Rajamangala, Bangkok pada 5 Disember 2018, kali ini benar-benar mahu berperang.