Hansi Flick mendapati dirinya tertulis dalam kisah dongeng Bayern Munich hujung minggu lalu, selang hanya seminggu selepas Quique Setien mengakhiri kisah asmaranya bersama Barcelona di Camp Nou.
Permulaan kedua-duanya selaku pengurus kelab masing-masing seakan-akan sama, namun kesudahannya pula nyata berlawanan.
Pada waktu Flick tercatat dalam sejarah selaku pengurus Bayern yang mengulangi kejayaan ‘treble’, Setien pula harus terus tercela gara-gara Barca diaibkan dengan kekalahan terbesar di peringkat Eropah di bawah pengawasannya.
Natijahnya, setiap kali sesebuah kelab besar membuat pertukaran pengurus, ia umpama loteri – terlalu sedikit yang membuahkan kejayaan dengan selebihnya akan terpalit dengan kegagalan.
Buat Flick, ia merupakan penamat kepada 10 bulan yang terlakar indah.
Menggantikan Niko Kovac yang dipecat November tahun lalu gara-gara kekalahan 5-1 Bayern kepada Eintracht Frankfurt dalam perlawanan Bundesliga, Flick, 55, ditampilkan sekadar selaku pengurus sementara sambal kelabnya tercari-cari calon lain yang boleh lebih dipercayai.
Dia membalas peluang yang diberikan skuad Die Roten itu dengan sebaik-baiknya, malah mengatasi jangkaan ramai, termasuk majikannya sendiri.
Bayern memenangi 33 daripada 36 perlawanan di bawah pengendalian Flick sehingga ditawarkan lanjutan kontrak hingga Jun 2023.
Menjelang sepak mula final Liga Juara-Juara UEFA (UCL) di Lisbon, Ahad lalu, The Bavarians disuntik keyakinan tinggi daripada kemenangan dalam 20 perlawanan berturut-turut – gila jika diambil kira ia baru musim pertama Flick memegang peranan pengurus dalam Bundesliga.
Jelas sekali dia telah memanfaatkan sepenuhnya apa yang dipelajarinya selama lapan tahun selaku penolong kepada pengurus skuad kebangsaan Jerman, Joachim Loew, sehingga 2014.
“Kami semua boleh berasa gembira kerana memilih Hansi Flick dan memberi sepenuh kepercayaan kepadanya,” pengerusi Bayern, Karl-Heinz Rummenigge, dipetik sebagai berkata oleh AFP selepas kelab itu menjuarai UCL buat kali keenam hasil kemenangan 1-0 ke atas Paris Saint-Germain (PSG) hujung minggu lalu.
“Hansi Flick sentiasa seorang yang hebat buat kami, amat jelas dengan apa yang dia mahukan daripada kami,” celah Thomas Muller, yang pernah dilatih sembilan pengurus dalam tempoh 12 tahun bersama Bayern.

Perkara yang sama, bagaimanapun, tidak dapat dikatakan terhadap Setien, yang terlerai ikatannya di Camp Nou selepas hanya tujuh bulan.
Sedari awal lagi, pelantikannya bagi menggantikan Ernesto Valverde dipersoalkan penyokong hinggalah kekalahan 8-2 Barcelona kepada Bayern dalam suku akhir UCL yang menyegerakan pemecatannya.
Berbanding Valverde yang sangat popular dalam kalangan pemain dan peminat, Setien pula dikatakan ‘dingin’, yang langsung tidak dibantu hakikat bahawa dia tidak berpengalaman mengurus sebuah kelab besar.
Kesudahannya, Setien mengambil alih sebuah kelab juara LaLiga tetapi meninggalkannya di tangga kedua, lima mata di belakang Real Madrid.
Demikianlah untung nasib pengurus dua kelab berbeza, dengan kedua-duanya akan terus disorot dan dikenang – Flick di atas kegemilangan sambil Setien angkara keaiban.