Saingan separuh akhir kedua yang berlangsung pada 30 April lalu menyaksikan aksi memukau yang dipamerkan keempat-empat pasukan bertanding.
Peminat bola sepak tanah air dapat melihat semangat juang setiap pemain yang beraksi bersungguh-sungguh bagi merebut tempat ke pentas final Piala FA 2016. Sama ada pertemuan di Larkin mahupun di Ipoh, kedua dua perlawanan boleh diibaratkan seperti pentas final apabila ianya berlangsung sengit dengan aksi serangan bertali arus ke kubu lawan masing-masing.
Aksi di selatan tanah air menyaksikan JDT terlebih dahulu di depan menerusi gol Pereyra Diaz yang bijak mengambil kesempatan hasil kesilapan pertahanan lawan.
Manakala gol kedua JDT, pujian harus diberikan kepada Farizal Marlias yang berjaya menghantar bola jarak jauh berkelas tinggi dan tepat ke Diaz yang akhirnya membuat hantaran yang berjaya disudahkan Lucero.
Kedah berjaya menyamakan agregat menjadi 3-3 apabila Fakri Saarani tenang menyempurnakan hantaran menarik Baddrol Bakhtiar, namun gol minit-minit akhir Diaz memusnahkan harapan Kedah untuk layak ke pentas final.
Pujian tinggi harus diberikan kepada JDT dan juga Kedah kerana mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dalam perlawanan ini dan sentiasa memberikan keterujaan kepada sesiapa yang menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua ini.
JDT menepati ramalan selaku pasukan pilihan untuk mara ke pentas final manakala Kedah tewas bermaruah dengan tentangan sengit yang diberikan biarpun hanya bersandarkan tenaga muda dan tanpa beberapa tonggak utama
Satu lagi pertemuan yang berlangsung sengit menyaksikan jurulatih Perak, Syamsol Saad menitiskan air mata apabila gagal membawa skuad Seladang ke pentas final apabila tumbang dengan agregat 4 - 3 di Ipoh.
Anak-anak buah E. Elavarasan berjaya mendapatkan gol kemenangan menerusi jaringan Juan Manuel Cobelli sekaligus mengesahkan slot ke pentas final bertemu JDT. Sentuhan magis E. Elavarasan dilihat masih berterusan apabila berjaya menumbangkan Terengganu, Felda United dan kini Perak, walaupun PKNS adalah pasukan dari Liga Perdana.
Final Piala FA yang akan berlangsung pada 14 Mei ini pastinya menjanjikan pertembungan taktikal diantara Mario Gomez dan E. Elavarasan.
Selaku pasukan pilihan, tekanan pastinya memuncak untuk JDT agar menepati ramalan bergelar juara berdasarkan prestasi semasa pasukan mereka, manakala PKNS selaku "underdog" pastinya tidak rela diratah mudah Harimau Selatan nanti.