Jika The Malaysian Hockey Tigers berbangga dengan penjaga gol senior, S Kumar - skuad wanita negara juga memiliki benteng terakhir kebal.
Farah Ayuni Yahya dinobatkan Penjaga Gol Terbaik Trofi Juara-Juara Asia di Korea selepas Malaysia raih tangga keempat, kejayaan kedua selepas Singapura 2016.
Dia berjaya menghalang tiga penalti stroke sepanjang kejohanan, situasi yang membuka mata pemerhati antarabangsa mengenai kehebatan penjaga gol hoki Malaysia.

"Dia benar-benar hebat di kejohanan ini. Pasukan ini harus mengucapkan terima kasih atas apa yang dilakukannya sepanjang di Korea.
"Saya fikir jika penjaga gol lain, keputusan ini (tangga keempat) akan berubah," kata jurulatih negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah.
Saya melihat perubahan besar skuad wanita negara.
Saya pernah membuat liputan kejohanan ini pada 2013 di Kakamigahara, Jepun dimana skuad wanita ketika itu raih tangga ketiga.
Bagaimanapun, Farah ketika itu tidak begitu menyerlah - masih lagi mengukuhkan teknik asas untuk bertapak di pentas antarabangsa.
Apa yang berlaku di Korea membuka mata bahawa sasaran pingat gangsa Sukan Asia Indonesia boleh dicapai.
Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China. Malaysia raih tangga kelima namun jurang antara gergasi Asia ketika itu amat besar. Antaranya:
Tewas, 0-4 kepada India.
Tewas, 0-6 kepada China.
Tetapi di Korea, jurang itu berjaya dirapatkan. Malaysia tewas, 2-3 kepada India dan 0-2 (China).
Tiga bulan menjelang Sukan Asia, Dhaarma berpotensi menutup ruang itu dan tidak mustahil cipta kejutan menumbangkan gergasi benua ini.
Buat seketika, tahniah Dhaarma, tahniah Farah dan rakan-rakan.
Nikmati kejayaan ini dan fokus untuk sesuatu yang lebih besar di Indonesia nanti.