Dua tahun berturut-turut Faizal Saari dinobat Penyerang Terbaik Hoki Asia.
Terbaharu, penyerang kelahiran Kelantan ini meledak lapan gol ketika membantu Malaysia meraih tangga ketiga Trofi Juara-Juara Asia di Oman.
Kejayaan ini hadir setahun selepas membantu Malaysia muncul naib juara Piala Asia 2017 di Bangladesh. Ketika itu, dia berkongsi status penjaring terbanyak kejohanan bersama pakar pukulan sudut penalti India, Harmanpreet Singh (tujuh gol).
Ternyata Faizal penyerang terbaik benua ini.
Cuma, gelaran ini belum cukup memuaskan hatinya.
"Saya mahu beraksi dalam Sukan Olimpik. Saya sanggup tukar semua anugerah yang saya miliki dengan tiket Olimpik Tokyo.
"Semua pemain terbaik dunia pernah beraksi dalam Olimpik dan Piala Dunia, saya hanya perlukan satu tiket Olimpik untuk mencapai impian itu," katanya.
Saya memantau perjalanan karier Faizal sejak lebih sedekad lalu.
Seorang pemain yang memiliki bakat semulajadi, larian pantas, kekuatan tetapi perlu kuatkan lagi hati.
Emosinya tidak sekuat pukulan sudut penalti tetapi sejak melangsungkan perkahwinan pada 2015 -- saya lihat dia makin kental.
Dia sentiasa datang awal ke sesi latihan, berada di barisan depan ketika sesi kecergasan dan apabila memegang kayu hoki, pertahanan perlu berhati-hati menahan bola pukulannya.
Saya lihat sentuhan jurulatih baru, Roelant Oltmans, mula menampakkan hasil.
Corak permainan Malaysia lebih agresif tetapi pemain nampak cepat penat. Saya fikir ia ada kaitan dengan periodisasi program latihan kerana pemain banyak melakukan latihan berat ketika ini.
Kemuncaknya ialah Piala Dunia, Disember depan. Mungkin kita akan lihat hasil yang lebih baik.
Bagi pemain yang direhatkan, S. Kumar, Muhammad Razie Abd Rahim, Mohd Haziq Shamsul dan Fitri Saari -- persaingan merebut tempat makin sengit.
Ini masalah yang baik untuk anda semua.
Kita memiliki barisan penyerang berkualiti, gunakan sebaik mungkin dalam Piala Dunia sebagai persiapan menjelang kelayakan Olimpik Tokyo, tahun depan.