Hanya tinggal sebulan sahaja lagi setiap pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia perlu menswastakan pasukan mereka. Ini telah diwajibkan kepada semua pasukan yang bertanding oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mulai tahun hadapan atas arahan Kofenderasi Bolasepak Asia (AFC).
Sekiranya pasukan-pasukan itu gagal mematuhi syarat yang telah ditetapkan oleh AFC itu, sudah pasti akan memeningkan FAM untuk menangani isu ini, memandangkan AFC sudah tidak mahu berkompromi lagi.
Itu yang kita dapat perhatikan dalam seminggu dua ini, di mana semua pasukan sedang sibuk membuat persiapan mengemaskini dokumen-dokumen dan membuat perjumpaan dengan beberapa potensi rakan niaga yang boleh membantu membawa perubahan dan mencapai matlamat yang diinginkan setiap pasukan itu selain mengurangkan liabiliti setiap pasukan itu dan seterusnya dapat diswastakan.
Selain dari mencari rakan niaga bagi membantu menstabilkan kewangan pasukan sepanjang liga berlangsung, setiap pasukan itu juga perlu memikirkan strategi pemasaran terbaik untuk memastikan kestabilan kelab untuk terus hidup.
Apabila diswastakan, sudah pastilah pemegang-pemegang saham ingin melihat kelab berkembang dan mampu melebarkan entiti sesebuah kelab itu.
Inisiatif yang diambil oleh setiap persatuan dalam usaha menswastakan pasukan haruslah dipuji kerana ini bukan satu keputusan yang mudah memandangkan ia melibatkan kuasa mentadbir untuk membuat keputusan, selain itu ia sudah menjadi satu perniagaan. Apabila melibatkan perniagaan sudah tentulah setiap perniagaan itu inginkan keuntungan.
Untuk memastikan perjalanan sesebuah syarikat yang mengedalikan sesebuah pasukan itu berjalan dengan lancar, sudah pastilah setiap aliran keluar dan masuk kewangan perlu diambil kira. Dengan itu, tawaran yang diberikan kepada penyokong-penyokong untuk bersama-sama memiliki saham dalam kelab amat baik kerana dengan adanya penyokong dalam pemilikan saham itu, ia dapat membantu dalam menstabilkan kewangan pasukan selain menjadi mata dan suara kepada pengurusan sekiranya ada unsur-unsur negatif yang dilakukan oleh orang-orang yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus tadbir kelab itu.
Bagi penulis, inilah langkah bijak yang pengurusan kelab lakukan apabila melibatkan penyokong untuk bersama-sama memiliki saham kelab, di mana penglibatan penyokong-penyokong ini akan memberi impak yang besar kepada kelab selain dapat membantu memasarkan jenama kelab dengan memberi kesedaran kepada penyokong-penyokong lain melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh bahagian pemasaran kelab dalam meningkatkan nilai komersial sesebuah kelab itu.
Kita juga maklum apa yang berlaku selama ini dalam industri bola sepak Malaysia ini dilihat begitu negatif. Sekiranya perubahan ini dapat dilakukan sudah pasti akan dapat membantu memajukan industri bola sepak negara kita selain melahirkan pengurusan berintegriti tinggi dalam melaksanakan amanah yang diberikan.
Kepada penyokong-penyokong, ambilah kesempatan ini untuk sama-sama dalam memajukan industri bola sepak negara.