Skip to main content

Rencana

Dua minit terakhir hancurkan Manchester United

maguire.jpg
Jaringan pendahuluan yang dijaringkan Marcus Rashford tidak memberi jaminan kepada Manchester United untuk mencipta kemenangan ke atas Arsenal di Stadium Arsenal sebaliknya anak didik Mikel Arteta bagaikan harimau yang terluka dan terus bangkit untuk menyusun gerakan pantas menyamakan kedudukkan melalui serangan balas yang menggunakan kepantasan yang dimiliki pemain sayap mereka iaitu Gabriel Martinelli yang bijak memanfaatkan ruang dimiliki sebelah kanan pintu gol The Red Devils untuk menyalurkan bola tepat kepada Martin Odegaard yang berada pada kedudukan tepat untuk melepaskan rembatan.

Selepas jaringan penyamaan oleh The Gunners itu permainan anak didik Erik Ten Hag agak tidak tersusun terutama di bahagian midfield yang mana banyak ruang diberikan kepada pemain-pemain midfield The Gunners seperti Declan Rice, Odegaard dan Kai Havert untuk merencanakan gerakan melalui lorongan bahagian tengah. Walauoun Ten Hag mengunakan formasi 4-2-3-1 namun pemain-pemain midfieldnya tidak dapat menutup setiap “passing line” yang dijelmakan pemain The Gunners dan itu yang membuatkan pemain-pemain midfield Man United tidak berada pada posisi yang tepat ketika bertahan dan itu membuatkan mereka tidak dapat mengekalkan disiplin ketika bertahan.

Sementara itu pemain-pemain Arsenal pula bijak dalam mengunakan kesempatan atas ketidak kekemasan pihak lawan ketika bertahan dan itu digunakan mereka untuk mendominasi permainan. Dengan mengunakan formasi 4-3-3 sepatutnya The Gunners sukar mendominasi bahagian midfield memandangkan Ten Hag mengunakan dua pemain midfiled dan hanya Casimero memainkan peranan sebagai “defensive midfiled dan Christian Eriksen serta Bruno Fernandes sebagai “attacking midfield” sementara Lisandro Martinez juga sekali sekala akan bermain sebagai “defensive midfield”.

Bagi Bruno Fernades pula yang diletakkan sebagai pemain di posisi nombor sepuluh itu yang membuatkan dia agak sedikit lewat untuk membantu bahagian midfield ketika bertahan dan itu menyebabkan tiga pemain midfield Arsenal bijak mengunakan ruang kosong di lorongan tengah itu untuk melakukan serangan balas sebagaimana jaringan ketiga dimiliki Arsenal melalui Gabriel Jesus. Atas faktor kealpaan dan tidak kekalkan disiplin ketika bertahan itu yang membuatkan The Red Devils tewas pada dua minit terakhir perlawanan dan pasti ini akan menjadi cabaran pada Erik Ten Hag untuk memperbaiki kelemahan selain tekanan yang diterima.

Advertisement

Must Watch Video