Saya dihujani panggilan telefon oleh komuniti olahraga negara sejak melaporkan mengenai kes doping pelari pecut berusia 17 tahun yang positif steroid.
Majoritinya bukan bertanya mengenai identiti atlet itu tetapi jurulatih berprofil tinggi yang dikaitkan.
Benar, saya sendiri terkejut apabila jurulatih yang berjaya melahirkan ramai jaguh utama negara diheret dalam isu ini.
Setahu saya, beliau cukup dihormati di dalam dan luar trek kerana peribadi yang baik.
"Mustahil. Coach tidak akan buat perkara itu," kata seorang jurulatih di Bukit Jalil.
Begitu juga dengan atlit lain yang mengenali jurulatih terbabit.
Saya hanya mampu tersenyum kerana segalanya bergantung kepada Jawatankuasa Siasatan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).
Memetik komen Pengerusi Jawatankuasa Perubatan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Dr. S. S. Cheema: "Atlet perlu mempunyai bukti untuk mengaitkan individu lain.
"Sama ada audio, video, gambar atau membuat aduan lebih awal kepada pegawai persatuan mengenai tindakan jurulatih terbabit.
"Jika tidak, ia hanya dakwaan lisan dan atlet itu perlu bertanggungjawab penuh," katanya.
Kalau ada yang berkesempatan, cuba dapatkan butiran di internet mengenai steroid jenis methasterone dan oxymethalone.
Kesannya terhadap tubuh badan cukup menggerunkan!
Methasterone atau lebih dikenali sebagai superdrol ialah dadah sintetik yang mengundang risiko barah hati, buah pinggang rosak dan serangan jantung.
Jika didapati bersalah, mereka boleh digantung empat tahun.
Moga siasatan berjalan lancar dan adil.
Ingat, anda tidak akan menang selesa dengan menggunakan bahan terlarang. Lambat laun, tertangkap jua.