Dua bekas lagenda Manchester United terus-terusan memberikan kritikan kepada skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer atas prestasi yang dipamerkan ketika ini. Disaat OGS meraikan kemenangan pertama mereka di laman sendiri musim ini sejak Julai lalu, Rio Ferdinand dan Paul Scholes merasakan terdapat kekurangan dalam kesebelasan utama Manchester United.
Kritikan itu diberikan spesifik apabila Manchester United mempamerkan persembahan bertahan dalam setiap perlawanan dengan sering kali mempertaruhkan dua pemain tengah bertahan yang secara tidak langsung merencatkan serangan pasukan. Scholes menegaskan menggunakan dua pemain tengah bertahan seperti gandingan Fred dan McTominay ataupun Nemanja Matic amat sesuai andai United beraksi di laman lawan. Ini kerana ketiga-tiga pemain mempunyai kualiti yang amat baik bagi membantu barisan pertahanan menutup ruang jika pasukan lawan melakukan serangan.
Akan tetapi, andai masih menggunakan formula yang sama untuk aksi di Old Trafford, itu adalah petanda ada sesuatu yang tidak kena. United sepatutnya menyerang dan terus menyerang akan tetapi dua pemain tengah yang diturunkan adalah pemain tengah bertahan, itu tidak membantu barisan serangan dan mereka harus bergerak sendiri.
Scholes turut bersimpati dengan barisan hadapan seperti Anthony Martial, Marcus Rashford dan Bruno Fernandes kerana Scholes beranggapan, trio ini terpaksa bergerak sendiri tanpa bantuan tambahan pemain tengah bertahan.
Bagi Ferdinand pula, satu pemain tengah bertahan sudah cukup andai bermain di Old Trafford. Pasukan perlu beraksi dengan corak menyerang kerana tuan rumah tidak seharusnya bertahan, apatah lagi United merupakan pasukan besar. Selain itu, kekurangan hantaran jauh berkualiti dari pemain tengah bertahan turut dipersoalkan kerana dengan pemain-pemain yang laju di barisan hadapan, hantaran jauh berkualiti amat penting untuk pemain serangan.
Amacam? Lejen dah berbunyi tu geng, apa pendapat anda? Bagi Dayang, kualiti pemain tengah yang ada sekarang, tiada satu pun yang mampu beraksi seperti Paul Scholes dahulu, kalau pertahanan pula, Harry Maguire yang berwajah jambu tu, jauh panggang dari api nak ada aura macam Ferdinand bila atas padang.