Selepas sekian lama menanti dalam debar, saingan LaLiga Santander akhirnya diumumkan akan bersambung 11 Jun ini – kurang dua minggu dari hari ini.
Debar buat pendahulu, Barcelona, ialah untuk mengekalkan kedudukannya di singgahsana kerana baki musim menyaksikan jadual yang sangat padat pada ketika musim panas – lazimnya waktu rehat buat pemain-pemain pada penghujung musim – sekadar akan meningkatkan derita mereka.
Tambah melajukan debar buat pengurus Barca, Quique Setien, ialah peraturan baru yang membenarkan penggantian sehingga lima pemain dalam sesuatu perlawanan, yang meskipun bakal dinikmati semua pasukan, dianggap tidak menguntungkan skuad Catalan itu dalam jadual padat berakhir pada 18 Julai.

Pun demikian, seperti dilaporkan akhbar sukan harian, MARCA, Lionel Messi dan rakan-rakan menyematkan keyakinan bahawa mereka mampu menamatkan cabaran musim 2019/20 yang tertangguh dan terlengah ini dengan menjulang kedua-dua trofi LaLiga dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Dalam latihan yang bersambung minggu ini, kumpulan pemain yang dibahagi dua bagi membatasi risiko jangkitan COVID-19, ternyata amat bersemangat, tambahan lagi kelompok yang mengandungi Messi, Gerard Pique, Sergio Busquets, Sergi Roberto, Jordi Alba, Luis Suarez, Arturo Vidal dan Marc-Andre ter Stegen serta sebilangan pemain muda.
“Kami berupaya meraih kedua-dua trofi,” kata salah seorang pemain bintang berkenaan merujuk kepada mahkota LaLiga dan UCL. “Ia akan menjadi baki saingan amat singkat – hanya satu setengah bulan yang menuntut kami sentiasa berada di kemuncak keupayaan.”
Sebelum LaLiga tertangguh disebabkan pandemik berkenaan keputusan tidak sentiasa memihak Barca, yang ada kalanya berhempas-pulas.

Dalam pada itu, penyingkiran Liverpool daripada UCL, ditambah dengan kemungkinan sama ada Real Madrid atau Manchester City akan terkeluar daripada mara ke suku akhir, seakan-akan menjadi pemangkin tambahan motivasi buat mereka.
Bintang-bintang besar Barca khabarnya menyedari mereka memiliki peluang besar musim ini, dengan Messi, terutamanya, menyerlahkan semua itu di dalam latihan.
Mengakui berasa janggal untuk bermula kembali selepas tidak berlatih lebih dua bulan, Messi mengungkapkan: “Ia seolah-olah kami akan bermula semula dari awal. Secara teknikalnya, ia adalah musim yang sama tapi saya berasakan semua pasukan akan mengharunginya dengan perasaan yang sama-sekali berbeza.
“Pandemik COVID-19 telah memberikan impak yang tidak mampu dibayangkan sesiapa. Ia tidak mudah gara-gara segala ketidaktentuan selama beberapa bulan ini, lalu adalah penting untuk mengekalkan penumpuan di atas padang,” tambahnya.
Pada masa sama, Setien pula terganggu oleh peraturan lima pemain gantian oleh Persekutuan Bolasepak Sepanyol (RFEF) guna untuk mengurangkan beban kerja berlebihan ke atas pemain.
“Pada saya, ia akan memberi impak negatif kepada Barca. Umum pun tahu kami banyak memenangi perlawanan pada minit-minit akhir tetapi lawan kami kini akan dapat memanfaatkan sepasang kaki yang masih segar.

“Namun, kami akan bermain untuk mencapai matlamat kami dalam 11 perlawanan yang masih tinggal dan kami tidak tahu bagaimana tekanannya akan mempengaruhi kami nanti.
“Akan ada banyak perlawanan dalam tempoh singkat selain cuaca panas akan mempengaruhi prestasi dan memungkinkan banyak kecederaan.
“Kami hanya mampu berharap ia akan mengakibatkan kurang kemusnahan daripada apa yang dijangkakan ramai,” katanya lagi.
Namun, mereka adalah Barcelona. Andai pasukan sebesar ini pun berdebar, harus gementarnya dua kali ganda buat barisan pencabar.