Ada yang mendakwa, KOM berat sebelah dan mensia-siakan potensi muda.
Tapi realitinya, KOM terpaksa mengikut peraturan Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) selepas Brunei selaku penganjur Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Asean, November lalu tersilap meletak
alat pengukur angin.
Kesilapan kecil yang merugikan Malaysia.
"Kami sebolehnya mahu mengiktiraf catatan Badrul (10.29 saat) tetapi tidak berdaya menolak kebenaran. Ini bukan salah Badrul dan diharap dia memecahkan rekod itu tahun ini," kata Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim.
Peraturan IAAF, alat pengukur angin perlu diletakkan di garisan 50 meter bersebelahan lorong pertama.
"Ia kesilapan kecil. Catatan itu boleh diiktiraf," kata seorang peminat olahraga.
Tetapi jika KOM mengiktiraf catatan Badrul, saya ramal rekod olahraga Malaysia pada masa depan akan bercelaru.
Bayangkan, cakera yang dibaling Muhammad Irfan Shamsuddin melantun berkali-kali dan pegawai kejohanan mengukur selepas cakera itu berhenti, bukannya ketika jatuh di kedudukan pertama.
100m berpagar, Rayzamshah Wan Sofian menjatuhkan pagar dengan sengaja dan melintasi garisan penamat selaku juara.
Adakah mereka patut diiktiraf sebagai juara?
Atas faktor itu, IAAF memperkenalkan peraturan supaya adil buat semua atlit.
Berbalik kepada Watson dan Badrul. Saya gembira apabila Watson memainkan peranan sebagai bekas pelari negara. Dia memberi nasihat kepada Badrul.
"Dia masih muda (19 tahun). Saya harap dia cuba lagi tahun ini kerana rekod bukan untuk dipegang tetapi dipecahkan," katanya yang kini mengendalikan Kelab Olahraga The Flying Dayak.
Jadi nampaknya, rekod kekal milik Watson dan kekal kebanggaan kaum Dayak kerana selepas 18 tahun, beliau masih lagi lelaki terpantas di Malaysia.