Saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) baru sahaja berlangsung dalam beberapa bulan dan Manchester City, Liverpool dan Chelsea seperti mempamerkan aksi konsisten untuk berada dalam kelompok tiga terbaik liga.
Tanpa disangka, selepas mengharungi beberapa musim yang sukar, Arsenal kini menampilkan aksi yang konsisten, sekali gus menghuni tangga keempat liga dan memiliki beberapa faktor The Gunners mampu menampilkan aksi cemerlang setakat ini.
Gandingan Lacazette-Aubameyang
Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang acap kali meluahkan perasaan hormat antara satu sama lain dan berharap dapat digandingkan bersama. Unai Emery berusaha untuk menurunkan kedua-dua pemain dan kepercayaan itu telah dihasilkan menerusi jaringan gol.
Lacazette-Aubameyang membentuk pasangan berbisa pada musim ini. Jika mereka mampu mengekalkan kecemerlangan ini, Arsenal mampu menamatkan saingan dalam kelompok empat pasukan terbaik, sekali gus layak ke Liga Juara-Juara (UCL).
Unai Emery
Bekas pengendali Paris Saint-Germain (PSG) itu -- menggantikan Arsene Wenger, yang bersama The Gunners lebih dua dekad -- memenangi gelaran Ligue 1 pada musim keduanya selepas tewas kepada Monaco pada musim sebelumnya. Ketika mengendalikan PSG, beliau dikritik hebat kerana gagal untuk mengawal ego barisan pemainnya di Paris yang menjadi faktor utama beliau meninggalkan pasukan.
Bagaimanapun, perkara tersebut tidak berlaku apabila Emery mengambil alih tugas di Emirates. Dua kekalahan dalam dua aksi awal EPL menimbulkan kritikan kepadanya. Tetapi Arsenal telah menampilkan persembahan yang konsisten dengan meraih sembilan kemenangan dalam semua kejohanan untuk meletakkan mereka di tangga keempat setakat ini. Emery memiliki pengalaman selaku pemenang Liga Europa (UEL) tiga kali bersama Sevilla dan Arsenal memasang impian untuk muncul juara musim ini bagi memastikan tiket automatik ke UCL.
Barisan tengah mula "tegap"
Ketika Aaron Ramsey menjadi perbualan utama apabila dijangka meninggalkan kelab musim depan secara percuma meninggalkan impak yang besar kepada The Gunners, Arsenal telah membawa masuk dua pemain tengah untuk memberikan persaingan kepada Granit Xhaka.
Lucas Torreira telah mempamerkan persembahan yang cemerlang dalam Piala Dunia bersama Uruguay dan meneruskannya bersama Arsenal. Memberikan keseimbangan kepada jentera serangan serta pertahanan. Matteo Guendouzi turut dibawa masuk pada musim panas lalu. Walaupun tidak memiliki pengalaman, dia mempamerkan sikap yang berani di atas padang apabila melakukan terjahan serta hantaran. Emery perlu menggunakan peluang sebaik mungkin untuk mengasah pemain kelahiran Perancis itu untuk menjadi masa depan pasukan ini.
Hadirnya perancang utama, Mesut Ozil, yang sentiasa berusaha untuk membuktikan kebolehannya. Selepas mengambil keputusan untuk bersara daripada arena bola sepak antarabangsa, Ozil berazam untuk menutup mulut pengkritiknya ketika bergandingan bersama Henrikh Mkhitaryan untuk menembusi benteng pertahanan lawan.
Arsenal mula serap tekanan
Sejak beberapa musim lalu, penyokong Arsenal sudah mula "menyampah" dengan ideologi Wenger yang kelihatan tidak lagi berdaya saing dalam bola sepak moden. Selepas berakhirnya tampuk pimpinan Wenger, Arsenal memasuki era baru dan ia telah memberikan satu keterujaan yang berbeza buat penyokong.