Di antara Malaysia menang hasil dua gol hadiah hingga kepada Diego Maradona pun pernah terlepas penalti, skuad Indonesia menjadikannya ubat penahan sakit untuk mengurangkan pedih hatinya selepas “tersandung” dengan kekalahan kelima dalam kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Tidak cukup dengan itu, medianya cuba membesar-besarkan pula insiden penyokongnya didakwa dilempar suar dan bom asap di samping tidak diendahkan petugas keselamatan – yang didakwanya sebagai tindak balas kepada kekecohan “lempar-lempar air” oleh penyokong Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK), 5 September lalu.
Namun, di sebalik semua itu, portal indosport.com tetap menyimpulkan Indonesia memang harus mengakui keunggulan Malaysia dalam perlawanan ‘derby’ Nusantara dalam Kumpulan G itu.
"Semua pemain bisa gagal dalam eksekusi penalti, Maradona pun pernah gagal," kata jurulatih sementara Indonesia, Yeyen Tumena, yang bersetuju kegagalan penyerang, Osas Saha, menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-81 permainan menjejaskan semangat juang pemain-pemainnya.
"Tapi kalau momen itu adalah momen kebangkitan saya setuju tapi apapun itu pertandingan hanya 90 menit dan kita tak bisa mengubahnya," tambahnya.

Sebelum itu, kesilapan besar pertahanan, Yanto Basna, turut membawa kepada gol kedua Safawi Rasid yang ‘menembak’ masuk dari jarak dekat selepas merampas bola daripada kapten Sang Garuda itu berhampiran garis belakang di sebelah kiri pintu gol lawan pada minit ke-73.
Namun, di bawah tajuk ‘Malaysia Menang Berkat Gol Hadiah’, portal itu memetik Yeyen sebagai menilai dua gol Malaysia malam tadi – gol pertama juga menerusi Safawi yang diiktiraf satu lagi portal Indonesia, bolasport.com, sebagai “tendangan bebas ala Messi” -- adalah hadiah daripada pemain Indonesia.
"Faktor pertama dalam laga di level internasional, kita tidak bisa hilang satu peluang untuk bikin gol, lalu orang bisa membuat gol dari kesalahan kita. Dua gol yang diciptakan Malaysia adalah hadiah dari pemain kita," kata Yeyen seperti dipetik indosport.com lagi.
"Tapi apapun saya angkat topi atas kerja keras pemain yang sudah menjalankan taktik sesuai apa yang kita rencanakan. Namun, hasil yang tidak baik.
“Saya ucapkan selamat untuk Malaysia yang menguasai pertandingan tapi kita yang banyak peluang dan lebih efektif," tambahnya.
Barangkali kecewa dengan apa yang disajikan di atas padang, media Indonesia turut cuba mengalihkan perhatian kepada “kekecohan” di tempat duduk penyokong mereka.
Di bawah tajuk ‘Terkuak! Terjadi Ketegangan Antar Suporter di Laga Malaysia vs Timnas Indonesia’, indosport.com mendakwa ketegangan tercetus di tempat duduk selatan yang menempatkan ramai penyokong Indonesia.

“Banyak suporter Indonesia yang terduduk lemas memegang mata yang merah dan berair. Usut punya usut, suporter Indonesia dilempari ‘smoke bomb’ atau bom asap oleh suporter Malaysia di tempat duduk di seberangnya,” kata laporan itu.
Portal itu turut memuat naik satu video, didakwa daripada seorang penyokong Indonesia, yang mengisahkan: “Asap yang dihasilkan pun begitu pedih dan panas bagaikan cabai sehingga membuat mata dari suporter Indonesia menjadi perih dan memerah.”
Menurut laporan itu lagi, apa yang dikesalkan ialah tidak ada petugas perubatan yang berada berdekatan untuk membantu penyokong Indonesia yang terkena bom asap itu tapi mujur ada sukarelawan yang membelikan ais buat mereka mengurangkan kepedihan mata.
Selain insiden tersebut, laporan itu mendakwa adanya sejumlah video yang beredar luas di media sosial memperlihatkan pelemparan suar daripada penyokong Malaysia.
Namun, di sebalik semua itu, hakikatnya kekal Harimau Malaya menang selesa 2-0 untuk melonjak ke tangga kedua dalam kumpulannya sambil Indonesia terus terbenam di dasar liga tanpa sebarang mata di samping dibolosi 16 kali selepas lima perlawanan.
Tiba masanya untuk mereka menunjukkan rasa hormat dan mengakui Malaysia adalah pasukan yang lebih baik berbanding mengada-adakan alasan.