Penularan wabak Coronavirus yang berpusat di Wuhan, China mengundang kebimbangan seluruh dunia termasuk arena sukan negara.
Ada yang membatalkan pelan asal, ada juga yang meneruskan tugas, ada juga yang memaksa campur tangan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).
Antara yang terkesan, skuad bola sepak Selangor yang membatalkan penyertaan Kejohanan Jemputan Bola Sepak Antarabangsa Piala Meizhou Hakka di Wilayah Guandong, China.
Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) didenda RM300,000 tetapi itulah harga yang perlu dibayar demi keselamatan pemain.
Mengikut jejak langkah sama, skuad tinju negara.
Tetapi kes tinju berbeza.
IOC membatalkan kejohanan tinju kelayakan Olimpik Tokyo di Wuhan selepas berpuluh individu meninggal dunia ekoran virus itu.
Jadi, Jerime Wong yang sepatutnya menjadi wakil tunggal Malaysia ke Wuhan, boleh menarik nafas lega kerana IOC akan mengumumkan venue lain yang lebih selamat.
Namun, skuad terjun tiada pilihan.
Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee sudah hampir sebulan berada di Chengdu untuk program latihan menjelang Olimpik Tokyo.
Mereka mengambil langkah berjaga-jaga dengan menghadkan pergerakan dengan hanya berada di hotel dan venue latihan.
Gandingan itu dijadual pulang ke tanah air, 2 Februari depan.
Begitu juga dengan Wendy Ng Yan Yee dan Enrique H Harold yang berlatih di venue sama tetapi akan pulang ke tanah air lebih lewat.
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menyarankan atlet pilih negara lain untuk program latihan sementara menunggu keadaan terkawal. Institut Sukan Negara (ISN) pula belum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Setakat ini, coronavirus sudah membunuh lebih 50 rakyat China dengan virus itu boleh tersebar melalui udara.
Kebimbangan memang ada tetapi tugas perlu diteruskan.
Hati-hati penerjun negara.