Apakah masalah Antonio Conte di Chelsea sebenarnya? Ia bukan pun sains roket.
Siri kegagalannya – daripada mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) hinggalah kesudahan di tangga kelima yang menafikan mereka tempat dalam saingan Eropah musim depan di samping terkandas dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara musim ini – menyimpulkan satu musim yang hambar.
Kejayaan menjulang Piala FA awal pagi semalam sekalipun tidak dapat menebus semua itu, tambahan pula saingan penghujung Chelsea dalam liga yang turut menyaksikan kekalahan kepada Newcastle United di tempat lawan.
Ia bermakna mereka telah menguburkan peluang untuk cuba menyambar tempat terakhir dalam Liga Juara-Juara andai Liverpool tewas di tempat sendiri kepada Brighton pada hari terakhir liga. (Ia bagaimanapun bersifat akademik kerana Liverpool membelasah Brighton 4-0, 13 Mei lalu, untuk merebut slot terakhir itu).
Conte sering merungut kerana dinafikan pemain dalam senarai tuntutan pembeliannya.
Dalam pada itu, Chelsea turut mendatangkannya Alvaro Morata daripada Real Madrid (£65 juta – RM348 juta), Antonio Rudiger daripada Roma (£29 juta – RM155 juta), Danny Drinkwater daripada Leicester City (£35 juta – RM187 juta) dan Davide Zappacosta daripada Torino (£25 juta – RM134 juta).
Namun, dia seakan-akan tidak bersetuju sepenuhnya dengan pembelian berkenaan hinggakan Ross Barkley yang dibeli dengan nilai £15 juta (RM80 juta) daripada Everton jarang sekali digunakannya.
Pada masa yang sama, penjualan Nemanja Matic kepada Manchester United dan kepulangan Diego Costa ke Atletico Madrid sekadar menyerlahkan lagi hakikat Conte dan lembaga pengarah kelab sering tidak sekata.
Bahasa tubuh Conte juga dikatakan tidak sama seperti musim lalu yang diterjemahkan sebagai bukti wujudnya kerenggangan dengan pasukan bimbingannya.
Sesetengah pihak mengandaikan kurangnya gelagat bersemangat Conte di kawasan teknikalnya musim ini berbanding ketika musim pertamanya apabila dia menjuarai liga dan hanya dinafikan kejuaraan berganda oleh kekalahan kepada Arsenal dalam final Piala FA.
Namun, masih ramai penyokong Chelsea yang menyanjungnya tetapi terdapat persekitaran yang unik di Stamford Bridge.
Penyokong mungkin tidak gemar jika dia kehilangan jawatannya tetapi mereka akan menerimanya.
Mereka tidak senang hati dengan keputusan seumpamanya pada masa lalu tetapi tetap akur dengannya kerana apabila pemilik pasukan, Roman Abramovich, melakukan pertukaran pengurus, ia lazimnya akan disusuli kejayaan.
Namun, untuk ketika ini, tiada apa yang dapat menghalang Conte daripada mengecap kejayaannya di Wembley awal pagi semalam.
Jika ia kesudahannya menjadi perlawanan perpisahannya, ia tetap sesuatu yang manis bagi mengakhiri dua musim berturut-turut yang diwarnai trofi – tidak seperti Mourinho.