Salam dari Kunshan. Sudah masuk hari kelima krew Nadi Arena membuat liputan Kejohanan Badminton Piala Thomas dan Uber di sini. Tatkala skuad Piala Thomas berhasil lolos ke suku akhir, skuad Piala Uber pula gagal mengiringi pasukan lelaki negara.
Apapun saya tidak mahu berbicara mengenai prestasi pasukan lelaki dan wanita pada nukilan kali ini sebaliknya saya ingin berkongsi pengalaman menarik sepanjang membuat liputan di sini terutama sekali berkaitan peraturan dikenakan pihak penganjur.
Isnin lalu, di pusat media saya membawa secawan bihun sup segera, bekalan dari Malaysia untuk menggalas perut. Selepas mengisi air panas, saya duduk di meja tempat saya bertugas sambil mangacau bihun sup itu - ikut arahan seperti tertera.
Aromanya sungguh menyelerakan dan tak sabar saya nak menjamahnya. Sedang 'terlena' dengan haruman kuah bihun sup itu saya didatangi seorang petugas bilik media. "Sir, you cannot eat that in here,"! "Why not?," tanya saya. "Because you might spill it on the table and into the computer."
Okay, saya boleh terima hujah itu tetapi saya bertanya kepada beliau, kenapa di atas meja media ada juga makanan, cawan kopi serta botol air, tidakkah benda-benda juga boleh tumpah ke atas meja? Melihatkan reaksi saya dia pantas membalas "Maybe some people also cannot stand the smell of the soup," Pulak dah!
Ok la… saya mengalah dan terus beredar ke ruang legar pusat media. Dengan bihun sup sudah sebati saya pun menikmatinya. Lazatnya... almaklumlah tengah kelaparan ketika itu. Dan ketika saya asyik dengan bihun sup itu, tiba-tiba saya didatangi pula empat petugas media - termasuk petugas yang menegur saya tadi serta penyelia beliau. Saya terkejut dan perkara pertama terlintas difikiran… "Kat sini pun tak boleh makan ke"?
"Sir, you can eat inside (pusat media)," kata petugas itu sambil diperhatikan penyelia. Saya terpingga-pingga seketika. "I apologised for the misunderstanding just now… you can go inside and eat." Kenapa perubahan secara tiba-tiba ini. Beria-ia dia dan penyelianya mengajak saya masuk. Saya kata tidak mengapa… ini perkara kecil tidak perlu susah-susah.
Mendengar kata-kata saya, mereka pun beredar sambil tidak putus-putus memohon maaf. Selepas mereka pergi datang pegawai media BWF dan bertanya apakah mereka sudah meminta maaf dan membenarkan saya makan di pusat media? "Ya, sudah," kata saya.
"Mereka tidak patut berbuat demikian (arah saya makan di luar pusat media)," kata pegawai media itu. " Jika mereka nak halang mereka patut halang semua yang bawa masuk cawan kopi, botol air dan sebagainya."
"Its okay, its just small matter,' kata saya kepada beliau. "I caused enough trouble here." kata saya sambil menghirup kuah bihun sup segera itu.
Ahhhh… Nikmatnya!