17 pingat emas melepasi sasaran 15, mengangkat atlet para Malaysia ke status luar biasa.
Baru kembali ke Malaysia dari Jakarta, Indonesia dengan mencipta kejayaan terbaik dalam temasya Sukan Para Asia, kontinjen para negara secara keseluruhan menyumbang 17 pingat emas, 26 perak dan 25 gangsa.
Lebih mengagumkan, emas hatrik daripada pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016, Ridzuan Puzi, dalam acara 100m, 400m dan lompat jauh T36.
Atlet lumba basikal, Nur Azlia Syafinaz Mohd. Zaid, juga menghadiahkan tiga emas untuk negara.
Luar biasa memang tepat untuk menggambarkan atlet para apabila dua rekod baru dunia dicatat oleh Ridzuan dalam 100m dan Abdul Latif Romly ‘terbang’ dalam kategori lompat jauh T20.
Perkataan luar biasa mula disebut oleh peminat sukan tanah air selepas dalam diam, atlet para lebih menyinar daripada atlet normal dalam temasya Paralimpik 2016, membutirkan tiga pingat emas melalui Ridzuan Puzi, Abdul Latif Romly dan Ziyad Zolkefli yang turut meraih emas lontar peluru F20 di Jakarta.
Pasti ramai yang bersetuju atlet para kerap menyelamatkan maruah sukan negara di pentas terbesar dunia.
Buat atlet para, pingat itu bukan sekadar pingat tetapi ia menceritakan kisah sebenar perjuangan mereka dalam sukan dan kehidupan sebagai orang kelainan upaya.
Di sebalik pingat yang dimenangi, ia juga membuktikan bagaimana kekuatan dalaman dan keyakinan mereka untuk meneruskan kehidupan harian seperti individu yang lain.
Impak sosial dipandang rendah, dibuli dan dipinggirkan, tetap dilalui mereka dengan tabah.
Cabaran kurang fasiliti di prasarana sukan dan kemudahan awam boleh merencatkan proses latihan dan perjalanan harian.
Kekurangan fizikal yang sukar difahami oleh masyarakat biasa, tidak diendahkan.
Banyak yang boleh diteladani oleh masyarakat Malaysia daripada wira dan wirawati para negara yang kurang daripada segala aspek tetapi besar semangat mereka merintangi cabaran hidup, namun tetap menyumbang dan membanggakan Malaysia.
Anda luar biasa.