Berdasarkan laporan media antarabangsa, kajian telah dilakukan oleh Pemantau Bolasepak CIES yang melakukan penilaian terhadap “harga” seseorang pemain bola sepak profesional.
Kajian secara menyeluruh telah dijalankan dan mereka melakukan perbandingan terhadap pemain yang beraksi dakan liga utama dunia iaitu England, Sepanyol, Itali, Jerman dan Perancis.
Beberapa kriteria utama diambil kira seperti tempoh kontrak, minit permainan bersama skuad kebangsaan dan juga tahap ekonomi kelab yang diwakili. Selain daripada itu, faktor umur dan kedudukan kelab dalam liga turut diambi kira.
Secara peribadi, Dayang memang tidak tahu bagaimana formula pengiraan dilakukan, namun yang mengejutkan, pemain yang berada di tangga pertama yang juga merupakan pemain termahal ialah Kylian Mbappe yang dinilaikan berharga RM1.1 bilion! Harga itu diletakkan berdasarkan faktor-faktor yang dinyatakan di atas selain minat daripada Liverpool dan Real Madrid yang menjadi tambah nilai buat Mbappe.
Bayangkan apa yang Malaysia mampu dilakukan dengan wang Rm1.1b untuk pembangunan bola sepak akar umbi berbanding dengan hanya seorang pemain! Tanda harga itu pada Dayang memang sesuatu yang gila.
Kedudukan kedua di belakang Mbappe adalah Raheem Sterling, yang turut dinilaikan berharga RM1b. Biarpun sejak kebelakangan ini Raheem Sterling dilihat sedikit merudum prestasinya dan lebih banyak dibayangi aksi baik Riyad Mahrez dan Bernardo Silva, namun pemain antabangsa England itu tetap dinilai tinggi.
Bintang Liverpool, Mohamed Salah, di tangga ketiga apabila dinilaikan berharga sekitar RM 794 juta. Pemain berusia 27 tahun itu merupakan aset paling bernilai buat The Reds, namun dalam masa sama, untuk pelan jangka masa panjang dan jika ada kelab yang sanggup mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk Salah, ini merupakan masa terbaik buat Liverpool mencari ubi muda baru.
Beberapa pemain yang sudah berada dalam kategori senior seperti Lionel Messi dan Antoine Griezmann turut tersenarai akan tetapi, tiada Cristiano Ronaldo!
Selain itu, turut berada dalam senarai adalah ubi muda seperti Jadon Sancho, Marcus Rashford, Joao Felix, Tammy Abraham dan Alexandre Arnold.