Edisi ke-50 Anugerah Sukan Negara (ASN) berlangsung dengan gilang-gemilang lebih seminggu yang lalu.
Lampu-limpah dan sudut kamera bertumpu bukan sahaja kepada pemenangnya, bahkan juga untuk bekas Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan yang dikumpul khas di atas pentas demi mengenang jasa mereka.
Jubli Emas datang hanya sekali, maka Majlis Sukan Negara (MSN) yang mengurus anugerah ini bertindak tepat meraikan keunggulan insan-insan istimewa bergelar legenda. Apatah lagi ia disiarkan secara langsung buat julung kalinya di Astro Arena.
Jika Al-Jufferi Jamari dan Pandelela Rinong dinobat selaku Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2015, manakala Ridzuan Puzi dan Felicia Mikat selaku Olahragawan Paralimpik dan Olahragawati Paralimpik 2015, memori silam kembali terpancar melihat barisan legenda menaiki pentas di saat Jaclyn Victor menyampaikan lagunya Gemilang.
Antara yang hadir Tan Sri Dr M. Jegathesan dan Datuk M. Rajamani, dua pemenang edisi sulung yang diadakan pada 22 Julai, 1967, Datuk Ng Joo Ngan, Khoo Chong Beng, Rabuan Pit, M. Kumaresan, Jeffrey Ong, Rashid Sidek, Foo Kok Keong, M. Ramachandran, Sazali Abdul Samad serta Datuk Marina Chin, Datuk Zaiton Othman, Norsham Yoon, Shalin Zulkifli, Noraseela Mohd Khalid dan Elaine Teoh.
Sayang sekali kelibat Datuk Ng Boon Bee, Tan Aik Huang, Datuk Shukor Salleh, Datuk Misbun Sidek, V. Subramaniam dan Datuk Malek Noor tidak kelihatan atas sebab-sebab tertentu.
Diwujudkan oleh Kementerian Kebudyaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Majlis Olimpik Malaysia (MOM) serta tajaan syarikat Rothmans of Pall Mall Malaysia Ltd, anugerah ini diumumkan secara rasmi di Parlimen pada 26 Januari 1967.
Edisi sulung Anugerah Sukan Negara dianjurkan enam bulan kemudian bagi mengiktiraf kecemerlangan yang dirakam oleh wira dan wirawati sukan sepanjang 1966.
Asalnya anugerah itu dinamakan Anugerah Rothmans, sebelum MOM mencadangkan agar ia diberi nama Anugerah Tun Razak selaku presiden MOM.
Bagaimanapun, Tun Razak menolak cadangan itu, sebaliknya menegaskan selaku skim penggalak dan hadiah berunsur nasional, anugerah itu tidak wajar dinamakan mengikut mana-mana individu.
Dalam membakar semangat atlet negara waktu itu, Tun Razak menyusun kata-kata bersulam nasihat.
“Tidak kira di mana saja anda berada di Malaysia, anda juga boleh diangkat menjadi Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan andainya anda mencuba sedaya-upaya, berlatih sebaik mungkin, tidak mengalah serta tidak mudah putus asa apabila berdepan dugaan. Kejayaan tidak akan ditempa tanpa menempuh kegagalan.”
Sejak malam bersejarah itu, kontinjen negara beradu tenaga dalam 11 temasya Olimpik, 12 Sukan Asia dan 11 edisi Sukan Komanwel dengan melakar rententan sejarah yang menerobos penanda aras baharu.
Sepanjang kembara sejarahnya, trofi lambang kemegahan itu dijulang oleh 39 individu selaku olahragawan kebangsaan dan 25 olahragawati.
Disebabkan anugerah ini bertujuan mengiktiraf yang terbaik, senarai pemenang dianggotai kebanyakannya legenda sepanjang zaman.
Di depan legenda yang hadir juga, Pandelela menyatakan keazaman sekurang-kurangnya mengulangi pencapaian pingat gangsa di Sukan Olimpik 2012 apabila bertanding di Rio de Janeiro Ogos nanti.
Sambil meraikan legenda sempena Jubli Emas anugerah ini, sumbangan mereka yang telah pergi meninggalkan kita tidak dilupakan.
Manusia mati meninggalkan nama dan legasi yang mereka tinggalkan masih meniti di bibir pencinta sukan.
Datuk Punch Gunalan (Olahragawan Kebangsaan 1969 dan 1974), Daud Ibrahim (Olahragawan Kebangsaan 1971) dan Datuk Mokhtar Dahari (Olahragawan Kebangsaan 1976) harus kekal dalam ingatan.
Ternyata Anugerah Sukan Negara edisi ke-50 bukan sekadar satu anugerah.