Kem hoki negara tidak berdepan masalah menewaskan Scotland 5-2 dalam perlawanan Pool A, Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara FIH 2025/26 di Cape Town, Afrika Selatan, sebentar tadi.
Skuad kendalian Brendon Carolan tidak menunggu lama apabila mendahului menerusi Akhimullah Anuar Esook pada minit kelima, sebelum Azrai Aizad menggandakan jaringan.
Meskipun Scotland cuba merapatkan jurang jaringan menerusi Jamie Golden, dua gol daripada Aiman Nik Rozemi dan Azrai Aizad menutup kelebihan itu untuk meletakkan kem negara mendahului 4-1.
Masuk suku keempat, Andrew McConnell menambah jaringan buat Scotland, namun Azrai Aizad melengkapkan malam kemenangan 5-2 negara dalam aksi pembukaan di Cape Town itu.
Credit Photo: Malaysia Hockey Confederation