Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Olahraga Orang Pekak Malaysia: Di sebalik sunyi dunia, Iyad ada semangat luar biasa

Iyad

Dunianya cukup sunyi tanpa sebarang hiruk-pikuk suara yang kebiasaannya diterjemahkan sebagai emosi manusia.

Tanpa hiruk-pikuk itu, atlet pekak Pulau Pinang, Iyad Muhaimin Irrwady Irwan, hanya mampu menjadikan pesaing di atas trek sebagai pencetus semangatnya untuk cuba berada di depan atau mengakhiri larian di kedudukan utama.

Iyad, dengan masalah pendengaran total, mula jatuh cinta dengan sukan larian sejak berumur 11 tahun.

Dia berhasrat untuk membawa pulang dua pingat emas bagi acara 4 kali 400 meter lelaki dan campuran dalam Kejohanan Olahraga Orang Pekak Malaysia di Kedah bermula Jumaat ini.

Bukan itu sahaja, Iyad mahu terbang lebih tinggi dengan harapan namanya mampu terpilih dan berada dalam kelompok atlet negara yang akan bersaing dalam Kejohanan Sukan Orang Pekak Asia Pasifik di Pulau Pinang pada Oktober depan.

"Semangat saya datang dari diri sendiri kerana saya memang tidak mampu mendengar sorakan penonton," katanya seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Saya juga tidak mampu untuk melihat mereka sambil berlari, jadi semangat itu lahir dari dalam diri saya sendiri.

"Apabila berada dalam pertandingan, yang memicu semangat saya ialah pesaing lain yang memberikan saya cabaran.

"Saya mula meminati sukan larian ketika menyertai acara merentas desa sewaktu darjah 5 dan ketika berada di sekolah menengah, saya mula menyertai acara trek."

 

Anda mungkin berminat dengan

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

JDT Vneck Blood Abstract

JDT Vneck Blood Abstract

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video