Pemain tonggak Manchester United, Bruno Fernandes mengimpikan perjalanan kariernya di Manchester United seperti salah seorang pemain tengah terbaik England, Paul Scholes.
Kehadiran Bruno di bahagian tengah United dilihat berjaya mengisi kekosongan yang memeningkan kepala pengendali, Ole Gunnar Solskjaer. Tetapi kehadiran pemain kelahiran Portugal ini memperlihatkan United mampu kembali tampil kemas dan teratur dan paling penting, kelancaran di bahagian pertahanan dan serangan.
Corak permainan Bruno yang gemar berada di kawasan lawan untuk membantu pasukan mencipta jaringan serta kerajinan turun untuk membantu barisan pertahanan mempertahankan gawang ternyata berjaya menambat hati peminat The Red Devils. Hadir di Old Trafford pada Januari 2020, Bruno ternyata menjadi nadi utama kebangkitan United dengan telah meledakkan 13 gol dan 21 bantuan gol di Liga Perdana Inggeris sahaja, ianya merupakan jumlah yang banyak untuk seorang pemain tengah. Itu belum dikira gol dan bantuan gol di kejohanan lain seperti Liga Juara Juara Eropah dan Piala FA.
Turut mengenakan nombor 18, yang pernah disarung Paul Scholes, lagenda United itu mempunyai karier yang cemerlang dengan melakukan 499 penampilan dan 107 gol. Scholes menabur bakti selama 20 tahun di Old Trafford sejak 1993 dan merupakan antara pemain tengah yang sering menjadi sebutan pemain hebat lain seperti Zinedine Zidane, Thiery Henry dan Ronaldinho sebagai pemain tengah lengkap pada eranya. Malah, dua pemain berpengaruh Barcelona, Xavi dan Andreas Iniesta turut menjadi Scholes sebagai idola mereka sehingga membayangkan alangkah baiknya andai Scholes beraksi buat negara Sepanyol.
Cuma rekod Scholes kurang memberangsangkan di peringkat antarabangsa apabila beliau bersara pada usia awal dan biarpun mendapat panggilan semula ketika Fabio Capello membimbing England, Scholes masih dengan pendiriannya untuk tidak bermain buat England.
Buat masa sekarang, impak yang diberikan oleh Bruno memang tidak dapat ditandingi pemain lain seperti Paul Pogba mahupun pemain tengah lain. Tidak keterlaluan andai dikatakan bahawa ini merupakan pembelian paling berbaloi buat Manchester United selepas ketiadaan Sir Alex Ferguson selaku jurulatih.
Selain Scholes, Bruno juga menjadikan rakan senegaranya Cristiano Ronaldo sebagai seorang lagi idola. Bruno mengimpikan beliau memiliki keazaman dan mentaliti seperti Ronaldo yang tidak mudah menyerah kalah dan sentiasa memberikan yang terbaik dalam apa jua situasi.
Cuma satu persoalan Dayang, adakah Bruno akan menjadi legenda mengakhiri kariernya di Old Trafford atau mungkin beliau akan berhijrah kelab besar lain seperti Real Madrid dan PSG yang mempunyai keupayaan dari segi kewangan.