Bruno Fernandes mungkin hanya tersenyum simpul sebaik menerima perkhabaran yang dia akan memakai lilitan kapten ketika Manchester United bertemu Paris St Germain, tiga minggu lalu.
Namun senyuman itu pastinya sampai ke telinga apabila pemain berusia 26 tahun ini berjaya membuktikan dia adalah ketua yang dinantikan skuad terkini United dengan menyumbang dua gol untuk membantu kemenangan 3-1 ke atas Everton di Goodison Park.
Dua gol yang dihasilkan pemain tengah Portugal ini hadir ketika nama pengendali, Ole Gunnar Solskjaer sudah pun berada pada senarai makian teratas para penyokong kerana insiden kekalahan 4-0 pada April 2019 seakan berulang setelah terhasilnya jaringan pembukaan oleh tuan rumah pada minit 19.
Dengan gol penyamaan United berjaya dicetak Fernandes selepas 6 minit, gol kedua peribadinya pada perlawanan ini pula hanya mengambil masa selang 7 minit - namun jika para penyokong United merasakan kebangkitan yang diinspirasikan oleh Fernandes ini hebat, apa yang dilakukannya pada lewat permainan lebih mengagumkan.
Fernandes berpeluang untuk mencetak hatrik ketika melakukan gerakan terakhir yang hanya menantikan pengadil menamatkan perlawanan dengan bunyi wisel - tetapi atas dasar lebih mementingkan pasukan berbanding kemahuan sendiri dan merasakan peluang untuk bola itu menembusi gawang Everton buat kali ketiga lebih tinggi pada posisi Edinson Cavani, jadi dia melakukan satu ‘set up’ menarik untuk seniornya itu.
Hasilnya, Cavani yang masuk pada baki 8 minit permainan bersama Paul Pogba, mampu meraikan gol sulungnya buat United - United pula berjaya mengekalkan rekod cemerlang di tempat lawan untuk saingan liga perdana dengan kemenangan ketujuh berturut-turut.
Nampaknya Fernandes bukan sahaja semakin disayangi para penyokong dan juga Ole, tetapi turut berpeluang memintas kedudukan penjaring terbanyak United dengan kini merekod 6 gol, lagi 1 gol nak sama dengan pendahulu carta, Marcus Rashford - Ole? Boleh berehat sekejap dari menjawab soalan wartawan tentang masa depannya di Old Trafford.