SYABAS buat Mohd Faiz Subri yang dinobat pemenang Anugerah Puskas 2016 tetapi apakah impak dan kesan daripada kejayaan ini?
Benar dan tanpa apa-apa keraguan lagi, ia penanda aras baharu untuk bola sepak negara!
Dari sudut apa?
Iktibarnya, mana-mana atlet harus ada perencanaan pemasaran kendiri, iaitu penawaran produk unik yang tidak dimiliki pesaing anda, atau dikenali dengan istilah ‘unique selling proposition’ (USP).
Begitu pentingnya USP dalam bisnes anda!
Faiz yang sebelum inipun dikenali sebagai pakar rembatan deras jarak jauh dan sepakan percuma, diberi ganjaran setimpal atas kemahiran unik yang ada pada dirinya.
Kebetulan, rembatan kaki kanan bersejarah itu disiarkan secara langsung ke seluruh negara, menjadi viral dalam tempoh beberapa jam hasil rembatan melencong menjunam ke gawang yang menepati teori fizik serta terpilih pada asalnya dalam 10 jaringan tercantik sepanjang 2016 oleh panel dianggotai Marco van Basten, Gabriel Batistuta dan Marta.
Inilah yang penulis tekankan dalam program Agenda Awani terbitan Astro Awani, diterajui pemenang Anugerah Seri Angkasa, Kamarul Bahrin Haron, semalam.
“Apa yang pemain muda dan rakan-rakan Faiz boleh ambil iktibar ialah carilah USP anda,” kata penulis.
“Sebagai seorang pemenang yang diiktiraf seluruh dunia, Pulau Pinang boleh jadikan Faiz sebagai ikon sukan, bersama dua lagi anak jati negeri itu, Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David.
“Faiz boleh menjelajah seluruh negara dan mengajar teknik mengambil sepakan percuma, boleh promosi kaedah itu menerusi saluran media sosial dan jadikan dirinya sebagai satu jenama,” kata penulis.
Apabila ditanya sama ada wajar jika Faiz mencuba nasib di Eropah, penulis menekankan hakikat bahawa untuk membawa diri, pemain negara harus ada pakej lengkap dari sudut kemahiran individu, kekuatan minda dan fizikal kerana bola sepak profesional tiada unsur simpati.
Seorang lagi tetamu, Christopher Raj, bekas wartawan yang kini mengendalikan agensi perhubungan awam sendiri, menggesa Faiz memikirkan hala tuju seterusnya dengan menjadi jurulatih.
Bagi Kamarul pula, dia percaya semua pihak harus merebut kesempatan meraikan Faiz untuk sepanjang 11 bulan lagi sebelum pemenang Anugerah Puskas 2017 diumumkan di Zurich nanti.
Sekalipun penulis memahami hakikat bahawa kadang-kala kita harus melalui jalan lencongan dalam hidup, kita mendoakan Faiz tidak melencong daripada sasaran dan membuat pilihan serta keputusan tepat dalam kerjayanya, sebagaimana bola yang dirembat tanggal 16 Februari 2016 menjunam ke dalam gawang sehingga diberi anugerah di depan dif-dif ternama bola sepak dunia.
Untuk seketika, lazimnya apabila bercakap mengenai FIFA, kita hanya tahu ranking pasukan negara yang makin merudum.
Anugerah FIFA Ballon d’Or dari 2010 hingga 2016 juga tidak pernah diraikan di Malaysia selama ini, sekalipun ada tiga individu yang turut mengundi – jurulatih kebangsaan, kapten pasukan negara dan penulis selaku wakil media.
Sekurang-kurangnya, Faiz melakar legasi bahawa Malaysia ada cerita pemenang Anugerah Puskas sehingga akhir zaman!