Skip to main content

Rencana

Berubahnya haluan Liga Malaysia

150116kelantan-jpg.jpg
Bermula dengan proses penswastaan liga bermula tahun ini, syarikat syarikat besar diluar sana amnya, dan jenama barangan kosmetik terkemuka khususnya mula heboh diperkatakan cuba menaja pasukan pasukan gergasi tanah air.

Sebagai contoh, Qu Puteh mengambil langkah segera dengan menaja pasukan Kelantan baru baru ini, dan syarikat produk kecantikan yang popular dengan tagline “terlajak laris” juga dikhabarkan sedang mengintai pasukan yang mempunyai reputasi besar seperti Selangor dan Pahang untuk ditaja.Impak dari penajaan ini turut diterima pasukan pasukan dari liga perdana dimana kemeriahan penajaan ini turut memudahkan setiap pengurusan pasukan mendapatkan penajaan.

Biarpun ada sesetengah pihak yang memandang negatif dengan situasi ini, namun penulis percaya bahawa dengan adanya penajaan besar, ianya akan membantu memartabatkan lagi  bola sepak Malaysia , dan juga dapat menambah baik perkara perkara yang selalu menjadi isu seperti kebajikan pemain pemain, isu hutang dari persatuan dan beberapa perkara lagi yang menjejaskan institusi persatuan bolasepak di negara ini.

Paling positif, tentunya pasukan Johor Darul Takzim yang mendapat dana RM100 juta bagi saingan tahun 2016. Muncul selaku pasukan paling kaya di Malaysia, ditambah pula dengan populariti yang sedang meningkat, Johor Darul Takzim sudah 50 langkah kehadapan meninggalkan pasukan lain di Malaysia. Jadi, apa yang berlaku kepada pasukan dari selatan tanah air itu harus dijadikan penanda aras bagi setiap pasukan.

Biar apa pun slogan mahupun cogan kata yang bakal trending di media massa apabila saingan liga bermula nanti,seperti “terlajak gol” mahupun “qu puteh the red warriors”,  misi dan visi membangunkan bola sepak negara harus dijadikan prinsip utama bagi setiap pasukan dan pemain, sekaligus akan menjanjikan kemeriahan dan kepuasan buat semua peminat bola sepak tanah air.

Advertisement

Must Watch Video