Skip to main content

Rencana

Berdiri di belakang Harimau Malaysia

fam-perlukan-transformasi-menyeluruh-kfa.jpg
Kegagalan pasukan negara menewaskan Myanmar pada perlawanan persahabatan tempoh hari telah mengundang pelbagai reaksi daripada peminat dan pencinta bola sepak Negara.

Ramai yang mempertikaikan mutu persembahan yang dipamerkan oleh pasukan kebangsaan. Ada yang menyatakan semua ini kesalahan jurulatih yang memilih ramai pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) dan ada juga sebaliknya.

Namun itulah realitinya di mana kualiti dan mutu permainan bola sepak kita masih ketinggalan pada ketika ini. Tetapi itu kita tidak boleh menyalahkan sepenuhnya kepada mereka kerana ini semua kesilapan yang telah dilakukan oleh semua ahli gabungan dan badan induk bola sepak negara serta pemegang taruh yang tidak melakukan perancangan,perlaksanaan dan penguatkuasaan secara terpeinci tentang program-program akar umbi sebelum ini.

Tidak ada gunanya kita menunding jari dan berfikiran negatif sewaktu bola sepak negara dalam kemunduran. Lebih baik kita memikirkan bagaimana untuk memperbetulkan sistem dan pemikiran-pemikiran orang-orang yang mempunyai jawatan itu lebih serius dan positif dalam memajukan bola sepak negara.

Dalam setuasi ini kerjasama daripada semua pihak amat ditagih oleh pemain dan jurulatih pasukan kebangsaan sebelum menghadapi ujian sebenar dalam perlawanan play off kelayakan Piala Asia yang tinggal hanya beberapa hari lagi. Jangan hanya marahkan nyamuk kelambu dibakar, berfikirlah secara rialistik di mana pada ketika ini sokongan moral keseluruhan pasukan Kebangsaan perlu diberikan sokongan. Apatah lagi kita masih lagi baharu dalam peralihan perubahan minda dalam menuju kejayaan.

Berdirilah bersama-sama skuad kebangsaan dalam apa jua keadaan sekali pun kerana dengan sokongan yang diberikan itu akan membantu moral dan psikologi pemain dalam memperjuangkan dan menjulang nama Malaysia.

Janganlah kita berputus asa di atas kesilapan yang dilakukan oleh orang-orang terdahulu dalam pengurusan dan pentadbiran tetapi sebaliknya kita terus bersatu dalam merubah minda dan tranfomasi kerana perjuangan itu menuntut kesungguhan dan pengorbanan jiwa raga. Jadi janganlah kita memperbodohkan diri hanya kerana orang bodoh yang merosakkan bola sepak negara sebaliknya kita perlu terus bekerja demi kamajuan bola sepak Malaysia sebagai mana JDT menuju kehadapan.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video