Belum pun sampai seminggu Liga Malaysia menutup tirainya untuk musim ini sudah mula kedengaran dari kalangan pasukan-pasukan yang bersaing dalam Liga Super mula untuk mempersiapkan pasukan bagi menghadapi musim baru.
Dikhabarkan pasukan-pasukan seperti Selangor, Kuala Lumpur dan Kedah telah mula membuat rundingan dan mencari pemain-pemain yang sesuai dengan falsafah bola sepak yang telah ditetapkan kelab mengikut cita rasa jurulatih yang telah dipertanggungjawabkan untuk menggendalikan pasukan.
Ini satu petanda yang positif dimana setiap pasukan telah mengambil langkah pro-aktif untuk mempersiapkan dan memperkuatkan pasukan masing-masing bagi musim baru nanti.
Ia menunjukan setiap pasukan itu begitu serious untuk memberi saingan antara satu sama lain dalam menghadapi musim baru tahun hadapan walaupun dalam keadaan yang masih tidak menentu akibat dari pandemik COVID-19.
Sebagaimana yang semua ketahui Selangor adalah merupakan pasukan yang banyak membuat perubahan daripada segi persediaan untuk musim depan, di mana pengurusan Selangor FC telah membawa beberapa pemain import baru dan jurulatih-jurulatih import dari Jerman yang dikatakan mempunyai satu pengalaman yang luas di peringkat antarabangsa.
Ini menunjukan Selangor FC begitu dahagakan kejayaan dan sudah tentu ingin memberi saingan pada pasukan-pasukan kelompok tiga teratas terutama juara tujuh kali berturut-turut Liga Super iaitu Johor Darul Ta’zim.
Ini satu inisiatif yang baik dilakukan Selangor FC dan pasukan-pasukan yang dahagakan kejayaan namun pasukan-pasukan ini juga perlu beringat-ingat ketika berbelanja kerana dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak begitu setabil ketika ini sudah tentu sesebuah pasukan itu agak sukar untuk menjana pendapatan dari penaja atau pun penjualan tiket kerana masih tidak ketahui sampai bila larangan akan diikenakan kepada penyokong-penyokong untuk hadir ke stadium oleh kerajaan.
Dengan masalah itu sudah pasti akan mendatangkan beban pada pasukan-pasukan nanti.
Lihat sahaja untuk musim ini, Johor Darul Ta’zim hilang pendapatannya sebanyak RM35 juta disebabkan pandemik COVID-19. Ini juga menunjukkan pendapatan bagi setiap pasukan yang bertanding dalam Liga Super juga menurun.
Jadi penulis mengharapkan agar semua pasukan-pasukan yang bersaing dalam Liga Malaysia mempunyai mekanisme sendiri dalam merancang pendapatan dan unjuran kewangan perbelanjaan supaya tidak mendatangkan masalah di kemudian hari terutama dalam pembayaran gaji dan bonus.
Inilah yang ditakuti oleh semua pencinta bola sepak negara kerana masalah ini sering terjadi dalam liga bola sepak Malaysia.
Selamat maju jaya penulis ucapkan pada semua pasukan-pasukan yang bersaing dalam Liga Super dan Liga Perdana musim hadapan dan semoga terus berjaya dalam memertabatkan bola sepak Malaysia.

FT: FA Kedah 5-0 Selangor ? Jumlah undian Kedah: 11,094 ? Jumlah undian Selangor: 5,377 Admin membuat keputusan untuk...
Posted by Selangor FC on Sunday, November 15, 2020
Ini satu inisiatif yang baik dilakukan Selangor FC dan pasukan-pasukan yang dahagakan kejayaan namun pasukan-pasukan ini juga perlu beringat-ingat ketika berbelanja kerana dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak begitu setabil ketika ini sudah tentu sesebuah pasukan itu agak sukar untuk menjana pendapatan dari penaja atau pun penjualan tiket kerana masih tidak ketahui sampai bila larangan akan diikenakan kepada penyokong-penyokong untuk hadir ke stadium oleh kerajaan.
Dengan masalah itu sudah pasti akan mendatangkan beban pada pasukan-pasukan nanti.
Lihat sahaja untuk musim ini, Johor Darul Ta’zim hilang pendapatannya sebanyak RM35 juta disebabkan pandemik COVID-19. Ini juga menunjukkan pendapatan bagi setiap pasukan yang bertanding dalam Liga Super juga menurun.
Jadi penulis mengharapkan agar semua pasukan-pasukan yang bersaing dalam Liga Malaysia mempunyai mekanisme sendiri dalam merancang pendapatan dan unjuran kewangan perbelanjaan supaya tidak mendatangkan masalah di kemudian hari terutama dalam pembayaran gaji dan bonus.
Inilah yang ditakuti oleh semua pencinta bola sepak negara kerana masalah ini sering terjadi dalam liga bola sepak Malaysia.
Selamat maju jaya penulis ucapkan pada semua pasukan-pasukan yang bersaing dalam Liga Super dan Liga Perdana musim hadapan dan semoga terus berjaya dalam memertabatkan bola sepak Malaysia.
TMJ TAHU YANG TERBAIK UNTUK JOHOR “Bila orang tanya kepada anda semua, apa dia negeri Johor. Apa yang ada dalam hati...
Posted by JOHOR Southern Tigers on Sunday, November 15, 2020