Kekalahan tiga perlawanan berturut-turut mengundang pelbagai kritikan terhadap Jurgen Klopp setelah Liverpool gagal merapatkan jurang perbezaan mata dengan pendahulu liga, Chelsea, selain tersingkir daripada saingan Piala FA dan Piala EFL.
Hamburan kritikan datang, terutamanya daripada bekas penyerang England dan ‘pundit’, Gary Lineker.
Ini satu tekanan kepada Klopp, namun beliau masih tenang dan bertanggugjawab ke atas prestasi pasukan Liverpool pada ketika ini berdasarkan apa yang diperkatakan beliau sendiri, iaitu “Salahkan Saya Liverpool Kalah”.
Apa yang boleh dipelajari daripada kata-kata Klopp itu ialah bagaimana beliau menjaga etika sebagai seorang yang profesional dan seorang ketua yang melindungi anak-anak buahnya.
Ini satu sikap seorang pengurus yang jelas tidak suka menyalahkan orang lain sekiranya pasukannya gagal.
Berlainan pula dengan sikap dan mentaliti segelintir pengurusan dan jurulatih di negara kita, di mana agak sukar untuk mengakui kesilapan yang telah mereka lakukan.
Apakah ini menggambarkan satu budaya ataupun sikap tidak berani mengambil risiko semata-mata untuk menjaga kepentingan peribadi?
Namun, sikap sebegini perlu dikikis kerana sekiranya tidak dibendung, ia akan menjadi virus, di mana ia tidak menunjukkan semangat berpasukan.
Seolah-olah kesalahan terletak 100 peratus kepada pemain sedangkan ia boleh diperbaiki dan sekiranya seseorang ketua itu berani mengambil risiko dan bertanggujawab atas kekalahan pasukan, itu sudah tentu akan meningkatkan motivasi dan psikologi pemain-pemain untuk meningkatkan prestasi selain bermain untuk ketua mereka.
Pemain-pemain perlu juga mengubah sikap kepada yang lebih positif sekiranya jurulatih telah menutup kesilapan yang telah dilakukan mereka.
Belajarlah daripada kata-kata Klopp ini untuk dijadikan semangat agar lebih berani menghadapi realiti.