Satu seri satu kalah, skuad B-22 negara mungkin sudah mula resah untuk menghidupkan peluang menamatkan kemarau meraih ibu emas Sukan SEA 2019 apabila gagal untuk menampilkan aksi memberangsangkan sejak tiba di Manila.
Ketika bola sepak negara masih lagi mendendangkan kejayaaan menjinakkan dua seteru utama, Thailand dan Indonesia, dalam saingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia, sejarah hitam Malaysia kembali berulang menerusi saingan Sukan SEA.
Pada 1991, Malaysia kalah kepada Filipina apabila skuad negara yang dikendalikan oleh Rahim Abdullah itu tunduk 0-1 kepada barisan pemain amatur Filipina, sekali gus gagal ke separuh akhir biarpun hadir selaku juara bertahan.
Malaysia yang dibarisi pemain bawah 22 tahun yang cukup berpengalaman di pentas antarabangsa, segelintir pemain belasan tahun dan dua pemain lebih umur berusia 24 dan 25 tahun menghadirkan mimpi ngeri itu lagi apabila dikalahkan oleh The Junior Azkals 1-0 semalam.
Sebelum perlawanan berlangsung, ketua jurulatih Myanmar, Velizar Popov, memberi amaran kepada skuad negara, "Filipina juga pasukan yang menarik. Jika anda (Malaysia) tidak menumpukan perhatian dan memberikan mereka ruang untuk melakukan serangan balas dan gerakan set piece, mereka amat berbahaya.
"Kerana mereka memiliki (pemain dengan) fizikal yang amat kuat dan tinggi."
Pasukan tuan rumah itu menghukum Malaysia apabila penjaga gawang negara, Muhammad Haziq Nadzli, gagal menampan keluar sepakan penjuru 'inswinger' Stephan Schrock pada minit ke-72.
Kekalahan kepada Filipina dalam aksi Kumpulan A itu jelas menyulitkan laluan skuad negara ke separuh akhir meskipun peluang kemaraan belum tertutup. Malaysia seharusnya tidak menghadapi sebarang masalah apabila sekumpulan dengan Myanmar, Filipina, Kemboja dan Timor Leste, namun sebaliknya berlaku.
Pengendali negara, Datuk Ong Kim Swee, yang mengambil pendekatan untuk tidak membawa harapan negara, Safawi Rasid, ekoran pemain itu masih belum direhatkan apabila beraksi secara konsisten bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) serta skuad negara, namun ketiadaan pemain itu secara tidak langsung menjadikan skuad negara kurang berbisa walaupun dibarisi pemain seperti Akhyar Rashid, Hadi Fayyadh Abdul Razak serta Nik Akif Syahiran Nik Mat.

Dengan berbaki dua perlawanan bertemu Kemboja dan Timor Leste, tiada keputusan lain yang harus diraih selain menang bagi menghidupkan peluang untuk ke separuh akhir, sekurang-kurangnya, ketika kualiti permainan yang dipamerkan oleh Indonesia, Vietnam dan Thailand berada jauh mendahului skuad Kim Swee.