Gareth Bale terang-terang mengakui berang kerana disisihkan daripada kesebelasan permulaan dalam final Liga Juara-Juara menentang Liverpool di Stadium Olimpik Kiev, 26 Mei lalu.
Namun, dia kemudian lebih daripada menebus kekecewaan itu dengan penampilan 30 minit dari bangku pemain simpanan.
Dunia akan mengingati Bale menjaringkan dua gol, dengan salah satunya dianggap ramai sebagai yang terhebat dalam sejarah Liga Juara-Juara – malah lebih baik daripada gol Zinedine Zidane di Hampden Park pada 2002.
Sejurus tamat final itu yang dimenangi Real Madrid 3-1, Bale memberitahu seoang wartawan di tepi padang: “Jelas sekali saya perlu bermain setiap minggu tapi itu tidak berlaku atas sebab-sebab tertentu.
“Saya cedera selama lima minggu pada awal musim tapi terus cergas sejak itu. Saya perlu duduk dengan ejen saya pada musim panas nanti dan membincangkan hala tuju masa depan saya.”
Apa yang dimaksudkan oleh Bale, yang memenangi empat pingat pemenang Liga Juara-Juara bersama Real Madrid, kepada kelab itu ialah: “Gunakan saya atau hilang saya.”
Ronaldo pula mempunyai idea berbeza. Sejurus selepas temu bual Bale itu, Ronaldo mengumumkan keinginannya meninggalkan Madrid kecuali mereka menunjukkan lebih hormat kepadanya – dengan membayarnya lebih lagi.
Sambutan kejuaraan di Santiago Bernabeu sekembalinya pasukan itu adalah mengaibkan di samping mencerahkan lagi masalah yang dihadapi bintang Wales itu.
Di sebalik gol bergandanya yang memberikan kejuaraan,segala tumpuan sebaliknya terarah kepada Ronaldo sambil penyokong bersorak “"Ronaldo, quedate! (Ronaldo, kekal bersama kami!)"
Kemudian, sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Zidane meletakkan jawatan.
Dari saat itu, Bale menyedari keadaan akan berubah, yang dibantu pula oleh perpindahan Ronaldo – Bale kini melonjakkan dirinya selaku salah seorang kalaupun tidak pemain terpenting dalam projek terbaru kelab itu.
Ia belum terbukti silap apabila dalam lima perlawanan pertama untuk Real musim ini, dia telah menjaringkan empat gol di samping tiga bantuan jaringan.
Pengurus baru, Julen Lopetegui, sangat tertarik dengannya, apatah lagi mendapati Bale menjalani latihan dan bekerja keras sama bersemangatnya seperti seorang anak muda belasan tahun.
Lopetegui juga memahami bahawa Bale secara semulajadi seorang penyudah berbisa tapi pemain itu bersedia membuktikan dia juga boleh menjadi seorang pemimpin di atas padang.
Lebih penting lagi, dia tidak diperkecilkan oleh Lopetegui. Berbeza dengan Zidane, terdapat perhubungan di antara jurulatih dan pemain.
Dalam pada itu, kekangan utama buat Bale ialah rekod kecederaannya. Pemain berusia 29 tahun itu telah melalui satu rentetan kecederaan yang panjang sepanjang kariernya.
Selama bersama Real, dia telah terlepas 300 hari dan 61 perlawanan, termasuk yang terbaru, kecederaan pangkal paha yang berulang.
Dengan keluarnya Zidane dan Ronaldo, ini mungkin musim terhebat Bale bersama Real Madrid… jika dia mampu kekal bebas daripada kecederaan.