Pernah memegang gelaran pemain termahal dunia belum cukup ampuh untuk Gareth Bale lari daripada dikaitkan dengan perpindahan keluar daripada Real Madrid.
Bintang Wales itu sering dikatakan 'tidak sebulu' dengan pengendali Los Blancos, Zinedine Zidane, sehingga dia hampir berhijrah ke China sebelum sepak mula kempen 2019-20, di mana proses perbincangan itu akhirnya tergendala kerana Real mahukan yuran perpindahan lebih tinggi.
Sedar tiada pasukan mampu membayar yuran perpindahan serta nilai gaji tinggi melibatkan pemain berusia 30 tahun itu, Zidane pantas menyatakan keyakinannya terhadap penggempur itu dalam usaha memastikan kelibat Bale di Santiago Bernabeu memberikan pulangan.
Malah, baru-baru ini, pengurus dari Perancis itu tetap memberikan sokongan buat bekas produk Southampton itu tatkala kesediaan Bale dipersoalkan media kerana sering mengalami kecederaan sehingga menyebabkan dia hanya mampu mencatat dua gol dan dua bantuan jaringan dalam 12 penampilan LaLiga musim ini.
"Benar, dia mengalami beberapa episod kecederaan tetapi anda tidak boleh lakukan apa-apa kecuali bersabar," kata Zidane seperti yang dilaporkan dalam Cumnockchronicle.com.
Bagaimanapun, kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur, tampak masih meyakini kudrat bekas tonggak mereka itu apabila laporan Adam Shergold menerusi Mail Online mendedahkan Spurs bercadang untuk mendapatkan semula khidmat Bale.
Memandangkan Harry Kane ditimpa kecederaan panjang dan Christian Eriksen berhijrah ke Inter Milan, Spurs yang kini menerima sentuhan Jose Mourinho tampak terdesak untuk mencabar slot ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
Walaupun pemain sayap Belanda, Steven Bergwijn, hadir daripada PSV Eindhoven untuk menampung ketiadaan Kane, Mourinho semestinya mahukan kelibat pemain berpengalaman untuk memastikan musim sulungnya di Spurs tidak berakhir tanpa tiket ke pentas Eropah.
Pengerusi Spurs, Daniel Levy, terkenal dengan sikap enggan bertolak ansur mengenai bayaran buat pemain sekali gus meningkatkan kemungkinan Bale akan pulang ke London menerusi tiket pinjaman tetapi ejennya, Jonathan Barnett, menolak sebarang kebarangkalian perpindahan sementara.
Soalnya, adakah Spurs sedia untuk menanggung gaji Bale bernilai GBP600,000 (RM3.1j) seminggu atau mahukah kapten Wales itu menerima potongan gaji?