Diberi peranan kendali pasukan di saat pasukan berada dalam keadaan nazak selain tiada pengalaman membimbing pasukan senior, nyata segalanya sukar buat Manzoor Azwira.
Bermula baik berjaya membawa satu mata dari Stadium Darul Aman dengan mengikat Kedah 2-2, segalanya mula tidak memihak kepada Pulau Pinang apabila tewas dalam tiga perlawanan berturut-turut.
Bukan tewas dengan jaringan besar sebaliknya angka yang tipis kepada Selangor, T-Team dan yang terbaru di tangan Johor DT pada masa kecederaan.
Apa yang berlaku tidak boleh dipersalahkan 100 peratus di tangan Manzoor kerana dia terpaksa meneruskan legasi pemain ditinggalkan Jacksen F. Tiago.
Berdasar penilaian aksi pemain import, hanya Reinaldo Lobo di bahagian pertahanan selain pemain tengah, Matias Cordoba yang bertindak selaku ketua pasukan boleh diharapkan.
Manakala Osas Marvelous Ikpefua dan Brent Grifftihs mungkin sudah boleh berkira-kira memikirkan hala tuju mereka pada masa depan kerana berdasar apa mereka pamer setakat ini, aksi pemain tempatan nyata lebih menyakinkan.
Kelemahan utama Pulau Pinang setakat ini ialah barisan serangan yang tampak terkial-kial dan bergantung sepenuhnya kepada kreativiti Cordoba di bahagian tengah ketika Osas hanya sesuai bertindak sebagai pemain sayap.
Ditambah kemerosotan prestasi pemain tempatan berpengalaman sebagai contoh Faiz Subri dan Mazlizam Mohamad, situasi itu bertambah memeningkan Manzoor.
Kelibat beberapa bekas pemain Harimau Muda seperti S. Kumaahran, Jafri Chew dan Mohd. Faizat Ghazli nyata belum mampu berikan impak, tidak keterlaluan mereka masih perlukan pengalaman untuk matangkan corak permainan.
Justeru, Manzoor perlu diberi peluang dengan membawa pemain import dihendaki bagi perbaiki kedudukan Pulau Pinang kini yang berada di tangga kedua tercorot Liga Super.
Jika dia berjaya membawa dua penyerang import berkualiti bagi tampung kelemahan pada aspek penyudah, tidak mustahil skuad Harimau Kumbang mampu selamatkan diri daripada zon penyingkiran.
Sebagai jurulatih generasi muda dan anak jati tempatan negeri, sudah tiba masanya Persatuan Bola Sepak Negeri Pulau Pinang (FAP) ambil langkah berani memberi mandat sepenuhnya kepada Manzoor sebagai jurulatih tetap sehingga penghujung musim tanpa fikirkan pengganti lain.