Mengikut hikayat orang Perak, ungkapan Kejor Yob Kejor bermula pada 1990.
Slogan itu cukup sinonim buat Perak sebagai tanda kebangkitan mereka dalam edisi sulung Piala FA ketika berdepan Selangor.
Dalam perlawanan penentuan kejuaraan itu, Perak berdepan ejekan penyokong lawan yang mengusik 'kejor la Yob kejor' dan pada penghujung cerita, mereka bergelar juara.
Elemen itu mewarnai aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi selain gelagat pengadil, Suresh Jayaraman, yang mencuri tumpuan dalam aksi getir ini.
Seakan-akan diresapi semangat itu, ia menjadi pemangkin kepada persembahan lebih agresif The Bos Gaurus sebaik wisel separuh masa kedua ditiupkan meskipun sebelum mula, ramai tonggak utama tidak cergas akibat kecederaan.
Dua gol mudah dilepaskan pada awal permainan, kehilangan seorang akibat insiden kad merah selain gol pertama mereka dibatalkan, anak buah Mehmet Durakovic berdepan cabaran berliku untuk melepasi cengkaman Terengganu.
Berbekalkan semangat Kejor Yob Kejor, mereka mula mengikuti rapat permainan sebaik rembatan Firdaus Saiyadi merobek gawang lawan di awal separuh masa kedua.
Pertembungan ini menjadi semakin dramatik apabila kedua-dua pasukan kehilangan seorang pemain akibat aksi panas, namun Terengganu haruslah menyalahkan diri sendiri kerana mengendurkan asakan dengan lebih selesa mempertahankan kelebihan yang ada.
Bagaikan karma 2011 yang menyaksikan kebangkitan Sang Penyu membenam Kelantan dalam saingan Piala FA, kali ini Terengganu pula terpaksa menggigit jari pada penghujung hari.
Jaringan Brendan Gan cukup berharga untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Perak sekali lagi memilih jalan sukar apabila membenarkan Terengganu kembali di hadapan hasil sepakan deras Faiz Nasir, namun kesilapan Igor Zonjic yang tertampan bola ke gawang sendiri membawa padah.
Namun, apa yang dikesalkan, selepas insiden kurang profesional Gilmar Da Silva yang menumbuk Zonjic menjadi punca kad merahnya, gelagat dua import Perak, Leandro Dos Santos dan Wander Luiz, mengundang rasa tidak selesa berikutan cara mereka meraikan jaringan itu dengan mengejak pertahanan lawan.
Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, yang dipersalahkan dalam gerakan gol kedua Terengganu, muncul wira dalam penentuan penalti untuk Perak menamatkan penantian selama 18 tahun untuk mengulangi kegemilangan tersebut.