SAAT pemain-pemain Denmark dikalungkan pingat juara Piala Thomas, diikuti detik menjulang piala keagungan itu yang menjadi rebutan selama zaman-berzaman, ia sebenarnya melengkapkan satu kisah asmara yang unik dalam badminton dunia.
Sejak era Svend Pri yang memenangi pelbagai gelaran utama perseorangan dari pertengahan 60-an hingga pertengahan 70-an – antara kejayaan terbesarnya ialah mengalahkan Rudy Hartono dalam final Kejohanan Seluruh England 1975 – Denmark, jika diperhalusi, tidak pernah jemu-jemu memasang impian.
Pri, yang tidak harus diingati kerana mengambil nyawanya sendiri pada usia 38 tahun pada pertengahan 1983 angkara masalah keluarga dan peribadi, sebenarnya kekal sebagai simbol betapa serba bolehnya pemain-pemain dari negara Eropah ini.
Pri, pada zaman kegemilangannya, tersohor sebagai jaguh pelbagai peranan – perseorangan, beregu dan beregu campuran sekalipun ketika menghampiri penghujung kerjayanya dan itulah juga semangat yang meresapi skuad Denmark di Kunshan, China yang gagal dilenturkan sekalipun dengan penampilan gandingan ‘bidan terjun’.
Andai dibuat perbandingan, Denmark juga tidak berbeza dengan pencabar-pencabarnya yang tidak memiliki kekuatan menyeluruh, contohnya terpaksa merehatkan Mads Pieler Kolding dan Jan O Jorgensen yang cedera ketika menundukkan Malaysia dalam separuh akhir.
Tapi apa yang barangkali memisahkan negara itu dengan pasukan negara lain ialah asmaranya yang tidak pernah ternoktah dengan kempen Piala Thomas selain semangat perjuangan membara yang langsung tidak mengenal erti putus asa.
Sebagai ganjarannya, Denmark yang telah mara ke final sebanyak lapan kali sebelumnya sejak penyertaan sulung mereka dalam kempen Piala Thomas pertama pada 1949, dijulang sebagai juara buat julung-julung kali. Lebih manis, ia adalah negara Eropah pertama memenangi piala keramat itu.
Sejarah menunjukkan Denmark hanyalah negara kelima bergelar juara Piala Thomas, dengan dua edisi terakhir menabalkan juara kali pertama; dua tahun lalu giliran Jepun dan kini Denmark pula.
Morten Frost-Hansen dan Poul-Erik Hoyer Larsen (kini presiden Persekutuan Badminton Dunia), dua lagi legenda badminton Denmark, turut kempunan meraih Piala Thomas pada zaman kemuncak mereka dan harus mencemburui Viktor Axelsen, Jan O Jorgensen dan Hans-Kristian Vittinghus yang menyumbang mata-mata kejuaraan kali ini.
Sekali sudah bergelar juara berpasukan dunia, harus tiada siapa yang dapat menidakkan kemampuan Denmark untuk menyertai Indonesia, China dan Malaysia selaku juara berulang-ulang kali.
Apatah lagi, asmara Denmark dengan badminton dunia, harus berpenghujung tiada.