Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Rencana

Arsenal ke Liga Europa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pierre-emerick-aubameyang-and-mikel-arteta.jpg
Kekuatan bahagian tengah Arsenal dan Chelsea banyak memainkan peranan dalam menterjemahkan perlawanan yang pantas dan menarik walaupun tiada kehadiran penonton dalam perlawanan akhir Piala FA musim 2019-20 akibat daripada pandemik COVID-19. 

Dengan mengunakan formasi  yang sama oleh kedua-dua ketua jurulatih, iaitu 3-4-3, ia menunjukan Mikel Arteta dan Frank Lampard mempunyai idealogi yang sama dalam menerapkan falsafah bola sepak mereka.

Dengan mengunakan empat pemain tengah, itu sudah cukup untuk mengimbangi kekuatan menyerang dan bertahan kedua-dua pasukan di bajagian tengah terutamanya. Kita lihat bagaimana separuh masa pertama bermula dengan garang dan banyak gerakan-gerakan pantas dengan hantaran-hantaran pendek yang tersusun. 

Ini dibuktikan oleh Chelsea apabila pada minit kelima sudah memperoleh jaringan pertama melalui Christian Pulisic. Bermula daripada Pulisic sendiri apabila berjaya memenangi bola di bahagian tengah dan terus melakukan pergerakan transisi yang pantas melalui kombinasi dua pemain lagi, iaitu Mason Mount dan Olivier Giroud. 

Jaringan itu terus membangkitkan semangat pemain-pemain Arsenal untuk memburu jaringan penyamaan. 

Dani Ceballos dan Granit Xhaka mula memainkan peranan dengan melakukan banyak hantaran lolos leret mencari tiga penyerang utama Arsenal, iaitu Alexander Lacazette, Nicolas Pepe dan Pierre Emerick Aubameyang. 

Akhirnya, Arsenal berjaya menyamakan keduduka melalui sepakan penalti Aubameyang setelah beliau dikasari di dalam kawasan penalti oleh ketua pasukan Chelsea, Cesar Azpilicueta, melalui transisi pantas Arsenal pada minit ke-28. 

Selepas itu perlawanan menjadi semakin rancak, namun nasib tidak menyebelahi Chelsea apabila Azpilicueta mengalami kecederaan di pangkal peha dan dikeluarkan pada separuh masa pertama.

Separuh masa kedua Arsenal dan Chelsea masih mengekalkan tempo permainan dan transisi pergerakan pantas, namun nasib tidak menyebelahi Chelsea apabila Pulisic yang mengalami kecederaan pangkal peha dan dikeluarkan sementara Mateo Kovacic dilayangkan kad merah, ini sudah pasti memberi kelebihan kepada Arsenal untuk memburu jaringan pendahuluan. 

Gandingan pemain-pemain tengah dan pertahanan Arsenal begitu mantap apabila mereka berjaya menekan pemain-pemain Chelsea yang memiliki bola, terutama di bahagian tengah. 

Hasilnya melalui transisi pantas setelah Hector Bellerin memenangi bola di bahagian tengah dan terus memberi ruang kepada Lacazette dan Aubameyang untuk menunjukan satu persefahaman dan kombinasi yang baik dan akhirnya Aubameyang bijak mengunakan kemahiran individunya untuk memperdayakan pertahanan Chelsea di dalam kawasan penalti dan dengan tenang melakukan penyudah untuk menewaskan Willy Caballero untuk jaringan kemenangan Arsenal pada minit ke-67. 

Kejuaraan yang dikecapi Arsenal itu sudah pasti melegakan Arteta kerana ia melayakan Arsenal bermain dalam Liga Europa musim depan.

Advertisement

Must Watch Video