Jarang sekali Lionel Messi menyerlahkan sisi barannya.
Tapi dengan satu siri kemerosotan yang ditunjukkan FC Barcelona akhir-akhir ini, pemain setenang Messi sekalipun tidak dapat membendung kemarahannya.
Apatah lagi, dia sendiri kerap terpanggil untuk menyelamatkan pasukannya daripada rahang kekalahan untuk sekurang-kurangnya berpuas hati dengan keputusan seri berbanding menanggung aib kekalahan.
Messi enggan berselindung dengan hakikat bahawa barisan pertahanan FC Barcelona hendaklah dipersalahkan di atas kehambaran skuad Catalan itu pada peringkat awal musim ini.
Di sebalik Barcelona masih mengekalkan kedudukan antara tiga pasukan di mercu carta LaLiga – mereka bagaimanapun terpaksa menyerahkan tangga teratas kepada Valencia dengan perbezaan satu mata selepas lapan perlawanan -- barisan kendalian Ernesto Valverde itu gagal mencipta kemenangan dalam empat perlawanan terakhir berturut-turut.
Tambah membakar darah Messi, juara bertahan LaLiga itu seakan-akan semakin rapuh untuk mudah dibolosi hingga tidak lagi menerbitkan rasa gerun dan gementar lawan.
Malah, pada satu ketika, Messi sendiri tergamak mengatakan ia hanya memerlukan pasukan lawan ikhtiar minimum untuk menembusi pertahanan dan pintu gol Barcelona.
Semakin kerap jari dituding, semakin kerap pula ia dihalakan kepada pemain seperti penjaga gol, Marc-André ter Stegen, dan benteng pertahanan yang dibina oleh Gerard Piqué dan Clément Lenglet.
Rentetan hambar mereka bermula dengan keputusan seri 2-2 dengan Girona pada 23 September lalu yang disusuli kekalahan 1-2 di Leganes, tiga hari selepas itu.
Menyusuli keputusan terikat 1-1 dengan Athletic Bilbao, 29 September lalu, barisan Blaugrana itu turut dikerah berkongsi mata dalam keputusan 1-1 dengan Valencia, Ahad lalu.
“Kami tidak jangkakan keputusan akhir-akhir ini,” Messi memberitahu beIN Sports. “Berdepan Bilbao, pasukan merangka beberapa situasi untuk menang tapi gagal memastikannya.”
Data daripada laman sesawang statistik whoscored.com menyokong hujah Messi itu.
Barcelona menghujani pintu gol lawan dengan sejumlah 20 percubaan tapi hanya menjaringkan satu gol. Sebaliknya, Bilbao menyumbat satu gol daripada sekadar lapan percubaan.
Kesudahannya, 70 peratus penguasaan bola di pihak Barcelona tidak banyak bermakna pada ketika Bilbao masih berupaya meraih satu mata dengan hanya 30 peratus penguasaan.
“Kami perlu lebih kuat secara bertahan,” kata Messi sambil merujuk kepada hakikat betapa sukarnya pasukan lawan hendak menjaringkan gol ketika berdepan Barcelona dalam perjalanan untuk menjadi juara, musim lalu.
“Sekarang, ia hanya menuntut usaha minimum mereka untuk melakukannya.
“Barcelona tidak boleh membenarkan ia dibolosi dalam setiap perlawanan. Kami perlu meningkat dan menjadi lebih kuat di bahagian pertahanan kerana itu teramat penting.”
Dalam pada itu, Messi juga menuntut ketenangan daripada rakan-rakan sepasukan dalam mendepani cabaran mendatang yang harus lebih sukar – mereka hanya meraih tiga mata daripada maksimum 12 dalam empat perlawanan terakhir liga – dan rehat antarabangsa ketika ini harus amat melegakan.
Barangkali juga mereka kini semakin terasa kehilangan Andres Iniesta yang sebelumnya memberikan keseimbangan.