Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) patut tampil menjelaskan apa hala tuju Pengarah Teknikal, Terry Walsh untuk menghadapi tugas penting 2019.
Khabar angin bertiup kencang sejak bulan lalu bahawa Majlis Sukan Negara (MSN) beri pilihan kepada KHM sama ada dana disalurkan untuk membayar gaji Walsh atau Ketua Jurulatih negara, Roelant Oltmans.
Dalam keadaan ketika ini, sudah tentu khidmat Oltmans lebih penting apatah lagi skuad negara akan menghadapi kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020, bermula April depan.
Cuma sebagai majikan yang prihatin dan berperikemanusiaan, KHM perlu menerangkan kepada individu terbabit andai khidmat mereka tidak lagi diperlukan.
Mereka juga ada mulut yang perlu disuap dan jika dimaklumkan lebih awal, bolehlah bersiap-sedia menghadapi saat sukar itu.
Kembali kepada Walsh, beliau tidak asing di Malaysia.
Mula mengendalikan skuad kebangsaan pada 1991 sebelum letak jawatan, dua tahun kemudian.
Pengendali kelahiran Australia ini kembali ke Malaysia pada 2015.
Bagaimanapun, keadaan makin sukar buat Walsh apabila KHM melantik Oltmans menyertai skuad senior lelaki menghadapi kelayakan Olimpik Tokyo.
Ia menyebabkan KHM perlu mengeluarkan dana lebih untuk membayar dua pakar hoki asing.
Gaji mereka memang mahal tetapi itulah harga pakar hoki luar negara.
Bebanan kewangan langkah berjimat-cermat Kementerian Belia dan Sukan menyaksikan kesan dirasai persatuan sukan kebangsaan, jurulatih dan atlit.
Jika kita masih ingat, dua minggu lalu kecoh mengenai atlit olahraga, Muhammad Irfan Shamsuddin yang berang apabila permohonan berlatih di luar negara ditolak dan akhirnya terpaksa mendapatkan penaja sendiri.
Realitinya, ramai yang mengalami masalah sama.
Saya harap KHM tampil menjelaskan kedudukan Walsh.
Adakah khidmatnya tidak lagi diperlukan atau sebaliknya.
Kita mahu semua yang terbaik untuk bantu misi layak ke Olimpik Tokyo.
Semua ada jalan penyelesaian tetapi jika masalah duit - selamat berjaya KHM!