Beberapa hari lalu, pemain beregu lelaki Denmark, Mathias Boe mengumumkan persaraan setelah hampir dua dekad menabur bakti buat negara tercinta.
Pada mulanya dia memberi bayangan mahu bersara selepas kejohanan Piala Thomas dan Olimpik, apatah lagi Piala Thomas edisi kali ini diadakan di laman sendiri, Aarhus, Denmark, dan pastinya Boe mahu bantu negaranya kembali merampas semula piala tersebut yang kali terakhir dimenangi pada 2016 di Kunshan,China.
Namun entah mengapa, pemain berusia 39 tahun itu menukar fikiran dengan umumkan persaraan lebih awal. Kejohanan terakhirnya pula merupakan Seluruh England bersama pasangan yang baru dibentuk sejak Mac 2019, Mads Conrad Peterson.
Boe menolak bahawa penularan Convid-19 menjadi faktor dia umumkan persaraan lebih awal, namun lebih kepada tidak lagi punyai kemahuan seperti mana dia mula membuat penampilan pada 1998, baik ketika sesi latihan mahupun bertanding dalam kejohanan. Mentalnya terlalu penat untuk mengharungi semua ini.
Boe sebelum itu sudah pun mengalami konflik dengan pasangan prolifiknya, Carsten Mogensen apabila hubungan kedua-dua pemain mula goyah dengan wujud spekulasi mereka berpisah pada penghujung 2018. Mogensen seakan terasa hati dengan kenyataan dibuat Boe mengenai keadaan fizikalnya yang baru sahaja pulih daripada penyakit Cerrebral Hemorage. Boe dalam satu temubual mempersoalkan kecergasan pasangannya itu.
Boe dan Mogensen bukanlah calang-calang dengan punyai pelbagai deretan kejayaan sepanjang lebih 10 tahun bersama. Antara rekod yang paling bertahan ketika ini menjadi satu-satunya pasangan yang memenangi Siri Super Akhir sebanyak tiga tahun berturut-turut dari 2010 hingga 2012.
Ketiadaan Boe dalam skuad Denmark pastinya beri kesan yang cukup besar untuk negara itu rangka strategi terbaik menghadapi Piala Thomas di laman sendiri Oktober depan