Niko Kovac membawa bersamanya bayu segar selaku pengurus baru Bayern Munich tapi keadaan sudah banyak berubah… dengan menjadi lebih buruk!
Kekalahan 0-3 kepada Borussia Mönchengladbach, Ahad lalu, memanjangkan kemarau tanpa kemenangan buat Bayern kepada empat perlawanan dan akan mengharungi tempoh rehat antarabangsa di luar kelompok empat teratas.
Apa punca-punca kehambaran juara bertahan Bundesliga itu?
Daripada sekian banyak kualiti yang memisahkan Bayern dengan barisan pencabarnya sepanjang rentetan enam tahun berturut-turut selaku juara, prestasi konsisten dan penumpuan adalah yang paling tertonjol.
Namun, seperti yang dirumuskan laman sesawang Deutsche Welle (dw.com), kesilapan besar individu telah mula meresapi pasukan.
Manuel Neuer membantu Augsburg (1-1) mendapatkan gol penyamaan lewat, Jerome Boateng menghadiahkan sepakan penalti yang tidak perlu kepada Hertha Berlin (0-2) dan kesilapan Thiago meluangkan buat Gladbach (0-3) menggandakan jaringan.
Terdapat sederet lagi kesilapan yang tidak terhukum pada ketika pemain-pemain senior Bayern menawarkan contoh yang tidak harus diikuti.
Sambil pengalaman boleh menghadirkan kekuatan, usia lewat pula memungkinkan kelemahan. Neuer, Boateng dan Mats Hummels tidak lagi kebal seperti yang mereka pernah dikagumi.
Franck Ribery belum lagi menjaringkan gol sambil Arjen Robben kerap digantikan awal dalam tiga perlawanan lalu. Ringkasnya, pemain-pemain utama Bayern tidak lagi sepantas dan setangkas dulu.
Dengan berbaki sekurang-kurangnya 74 minit untuk mereka mengimbangi defisit dua gol hujung minggu lalu, barisan Bayern di zaman kegemilangannya tidak akan meragui keupayaan melakukan itu – tapi bukan barisan yang ada ketika ini.
Sebaliknya, seperti yang terdedah ketika berdepan Ajax (1-1) dan Hertha, kebangkitan yang dinanti-nantikan tidak kunjung tiba – gara-gara ketiadaan seorang pemain yang mampu memimpin pasukan dengan pemainnya kerap berpandangan sesama sendiri untuk mengharapkan petunjuk.
Kovac pula terus membuat penggiliran pemain pada ketika kebanjiran pilihan dalam pasukan lebih menjadi satu kekangan berbanding kelebihan.
Adalah tidak jelas sama-sekali di mana dia mahu Thomas Müller dan James Rodriguez bermain pada ketika Thiago bukanlah seorang pemain tengah bertahan yang ideal.
Pengurus itu kini memiliki dua minggu untuk membuat percaturan di sebalik tidak ramai yang tinggal untuk mencuba sesuatu yang baru.
Kecederaan awal musim yang ditanggung Kingsley Coman dan Corentin Tolisso telah menafikannya dua daripada pemain dinamiknya manakala kepincangan Rafinha meninggalkan ruang-ruang kosong di benteng. Tambah memburukkan keadaan, bek kiri, David Alaba, mungkin menyertai senarai cedera.
Pergantungan keterlaluan terhadap Robert Lewandowski untuk memburu jaringan, juga tidak membantu. Dengan penyerang Poland itu kebuntuan jaringan dalam tiga perlawanan, Bayern turut hanyut bersamanya.
Tidak banyak aktiviti pembelian dilakukan kelab Bavaria itu ketika jendela perpindahan musim panas lalu, dengan Leon Goretzka satu-satunya pemain yang didatangkan.
Sahlah kini Bayern terpaksa membayar harga yang mahal di atas penjimatan dan sifat lokek mereka.