RENCANA
Anything is possible, termasuklah pingat Olimpik
'Everything is impossible until it's done'. Begitu mudah sekali ucapan atlit lompat tinggi negara, Nauraj Singh yang bakal berentap di Olimpik Rio tidak lama lagi.
Bagi penembak sensasi negara yang turut akan ke Olimpik, Jonathan Wong pula: 'Keep reaching for the stars, because anything is possible.'
Nampak tak persamaan dari segi mesej dan juga kepercayaan kedua atlit ini?
Iklan
'Possible'.
Atau dalam bahasa Melayu, kemungkinan.
Tiada apa yang boleh menidakkan kita atau menafikan kita dari menjadikan sesuatu impian sebagai suatu 'kemungkinan' yang boleh berlaku. Tiada apa yang boleh menyekat kita daripada mencapai sesuatu 'kemungkinan' yang sudah lamamenjadi idaman hati. Tiada apa yang boleh merampas kepercayaan kita bahawa sesuatu 'kemungkinan' boleh berubah menjadi realiti.
Selepas meluangkan beberapa jam bersama Nauraj dan Johnathan dalam Sorakan 12 minggu ini, banyak yang saya pelajari tentang mereka - bukan sekadar kehidupan mereka sebagai atlit, tetapi juga siapa mereka sebagai dua anak muda yang mempunyai sasaran tersendiri.
Walaupun dengan minat dan berasal dari latar belakang yang berbeza, namun impian yang sama dikongsikan dua atlit ini. Apa yang boleh kita rumuskan adalah impian mereka tersangatlah indah. Impian hendak menyumbang pingat kepada Malaysia, disulam pula dengan niat mahu memberikan kebanggaan kepada ibubapa.
Keduanya akui, bukan mudah tugasan yang mereka pikul dalam membawa nama negara di tanah Amerika Selatan nanti. Tekanan? Oh, sudah pastinya tinggi tetapi itu tidak akan menjadi masalah buat mereka yang sejak kecil lagi sudah mengidam untuk beraksi di pentas Olimpik.
Apakah kemungkinan yang akan berlaku kepada dua anak muda ini di Rio de Jeneiro nanti?
Jawapan mereka mungkin kedengaran cliche, tapi keikhlasan yang begitu ketara pada wajah dan nada suara mereka tidak boleh kita ketepikan.... Bila mereka kata "saya mahu buat yang terbaik", saya tahu, itulah apa yang mereka bakal lakukan kelak.
Must-Watch Video