Terlebih dahulu penulis ingin merakamkan ucapan tahniah kepada dua pasukan yang layak ke perlawanan akhir Piala FA 2016 iaitu Johor Darul Takzim dan PKNS FC.
Penulis pernah menulis satu artikel 'Dream Final Piala FA tidak kesampaian' selepas JDT dan Kedah berada dalam laluan sama untuk bertemu di peringkat separuh akhir.
Ia sememangnya menjadi nyata apabila pertemuan kedua-dua pasukan dalam dua perhitungan menghadirkan perasaan teruja terhadap penggiat dan peminat bola sepak tanahair.
Ia sememangnya menjadi nyata apabila pertemuan kedua-dua pasukan dalam dua perhitungan menghadirkan perasaan teruja terhadap penggiat dan peminat bola sepak tanahair.
Seorang jurulatih yang enggan dikenali berkata pada saya: "Itu patut game final, JDT lawan PKNS nanti mesti boring,".
Penulis secara peribadi bersetuju dengan pandangan jurulatih berpengalaman itu berdasarkan aksi JDT dan Kedah ketika aksi timbal balik di Stadium Larkin, pada Sabtu.
Peperangan utara-selatan ini sebenarnya sudah bermula di media sosial apabila skuad Harimau Selatan tampil dengan mainan psikologi sebelum perlawanan dengan hujah "To us, achievement is creating history. To them, achievement is beating JDT."
Ia berlanjutan di atas padang. Sengit, panas, menghiburkan dan penuh drama. Kedua-dua pasukan berentap dengan secukup rasa sehinggakan masa perlawanan seakan bergerak pantas berbanding aksi berasingan di Ipoh.
Ia berlanjutan di atas padang. Sengit, panas, menghiburkan dan penuh drama. Kedua-dua pasukan berentap dengan secukup rasa sehinggakan masa perlawanan seakan bergerak pantas berbanding aksi berasingan di Ipoh.
Ketika perlawanan bakal ditentukan dalam masa tambahan di Larkin, Jorge Pereyra Diaz cetus suasana gamat di stadium mahupun kedai makan bagi yang mengikuti perlawanan menerusi kaca televisyen apabila jaringannya di lewat permainan mengesahkan kemaraan JDT ke final.
Bayangkan jika situasi itu berlaku dalam perlawanan akhir, ia pastinya menghadirkan suasana luar biasa dan pastinya memberi kemanisan tidak terhingga buat skuad bimbingan Mario Gomez itu.
Namun, kemungkinan besar ia tidak akan berlaku pada perlawanan akhir kerana ramai beranggapan pertemuan JDT dan PKNS nanti ibarat langit dan bumi, bukan buku bertemu ruas seperti JDT menentang Kedah.
Lantas, pujian harus diberikan kepada skuad Lang Merah kerana berjaya menampilkan corak permainan terpuji dan anda juga layak diangkat sebagai juara.
Apa sekalipun, tanggal 14 Mei akan menjawab segala persoalan pasukan manakah akan bergeluar juara? atau adakah ia aksi anti-klimaks?