Jika Maurizio Sarri tampil 'mempertahankan' penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga, walaupun pemain dari Sepanyol itu mengingkari arahannya di Wembley semalam dengan mendakwa ia cuma salah faham, mungkin ada insiden lain yang lebih menarik.
Walaupun nama Jordan Henderson tidak sebesar Mohamed Salah, Roberto Firmino atau Virgil Van Dijk, dia tetap diamanahkan selaku kapten Liverpool oleh pengendali pasukan, Jurgen Klopp. Namun, mungkin situasi itu berubah selepas ini.
Dalam aksi menentang Manchester United yang berakhir seri 0-0 itu, Henderson dilihat enggan berjabat tangan dengan Klopp tatkala dia dibawa keluar dan digantikan dengan Xherdan Shaqiri di Old Trafford sehingga membuat pengurus berbangsa Jerman itu berang.

"Kamu tidak bersalaman dengan saya," kata Klopp melihat Henderson melintasinya tanpa menyambut tangan yang dihulurkan sebelum kaptennya itu berpaling dan menghulurkan tangan walaupun wajahnya begitu kecewa dikeluarkan.

Henderson kemudian memaksa tangannya dilepaskan dan berlalu pergi, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kepatuhannya terhadap percaturan pengendali pasukan. Kapten kecewa dengan pengurus? Bahaya untuk pasukan, pasti.
Jika Kepa dan Henderson berbalah dengan pengurus pasukan, saingan dalam LaLiga turut menyaksikan satu insiden melibatkan bintang Real Madrid, Gareth Bale. Bezanya, Bale tidak bertikam lidah dengan sesiapa.
Bagaimanapun, lebih memburukkan keadaan, Bale dilihat menolak untuk meraikan jaringan kemenangan yang dihasilkan menerusi sepakan penalti bersama rakan sepasukan sewaktu Los Blancos menundukkan Levante 2-1.

Luka Modric, Vinicius Junior, Sergio Reguilon dan Lucas Vazquez dilihat meluru ke arah pemain sayap Wales itu untuk meraikan jaringan kedua pasukan tetapi Bale tidak mengendahkan mereka. Malah, dia menepis tangan Vazquez yang cuba menyentuh bahunya dan terus berlalu.
Sekali lagi, sama seperti Sarri, pengendali Madrid, Santiago Solari, turut mempertahankan Bale sambil menegaskan pemain berusia 29 tahun itu gembira di dalam bilik persalinan dan mendakwa Bale berhak meraikan gol mengikut caranya sendiri.
Melihat raut wajah Bale ketika di Estadio Ciudad De Valencia, mungkin peminat Los Blancos sedar Bale sememangnya tidak gembira bersama Madrid ketika ini. Ditambah dengan kenyataan daripada rakan sepasukan, Marcelo dan Thibaut Courtois, mengenainya sebelum ini, Bale pasti tidak gembira.

Gelaran 'Golfer' daripada Courtois, isu tidak mahir Bahasa Sepanyol yang dibangkitkan oleh Marcelo serta layanan suram penyokong di Santiago Bernabeu terhadap Bale sudah tentu membuatkan bekas pemain termahal dunia itu mula memikirkan masa depannya di Sepanyol.