Pasukan angkat berat Malaysia sudah dijadikan sasaran pegawai anti doping yang melakukan pemeriksaan mengejut semasa latihan pada Mac di Bukit Jalil.
Atlet angkat berat terpaksa menerima persepsi pegawai anti doping dan masyarakat sebagai sukan yang aktif menggunakan dadah perangsang terlarang.
Kemungkinan ia digunakan untuk mempercepatkan pemulihan kecederaan tetapi hampir kesemua kesalahan kes doping diakibatkan daripada keinginan untuk meningkatkan prestasi.
Terbaru, Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) sekali lagi dikecam apabila tiga atlet mereka didapati bersalah menggunakan dadah terlarang stanozolol sama seperti kes pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel 2018, Mohamad Fazrul Azrie Mohdad.
Apa yang cukup mengecewakan, individu yang terlibat adalah dua atlet pelapis dan seorang lagi yang sudah pun berada dalam skuad utama negara yang masih dalam lingkungan 18 hingga 21 tahun.
Jika didapati bersalah, tiga atlet berbakat ini akan digantung maksimum empat tahun seperti yang dilalui oleh atlet senior yang dihormati iaitu bekas pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2014 Hafifi Mansor yang sedang menjalani penggantungan.
Sudah lama diberi seminar kesedaran doping, peringatan dan nasihat kepada para atlet, jurulatih, pasukan sokongan dan persatuan oleh Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) tetapi nampaknya masih belum masuk dalam otak lagi dan apa yang diajar ‘ke laut’ sahaja.
Ramai penyokong yang mengasihani nasib atlet yang digantung kerana bersukan sepenuh masa adalah mata pencarian mereka tetapi kebanyakan pengkritik sukan mengatakan jikalah seorang pencuri kena masuk penjara kerana bersalah, memanglah adil pesalah doping perlu juga digantung dari melibatkan diri dari sukan mereka.
Salah sendiri.
Sudah beberapa tahun atlet angkat berat dipersalahkan kerana doping dan mereka masih belum insaf. Ia juga dijadikan punca mengapa sukan angkat berat dikeluarkan daripada program sukan teras Majlis Sukan Negara (MSN).