Skip to main content

Rencana

Aliff Aziz buat hal, Aliff Satar yang kena

shaw-cropped_qb4uwb0agglw1qs4qvyjz6go9.jpg
Begitulah keadaan Astro Arena sejak keputusan seri tanpa jaringan dicatatkan pada pertemuan Manchester United dan Liverpool minggu lalu - macam tak habis pula dilabel sebagai bias kepada pasukan The Red Devils, padahal bos sendiri pun pakai slogan you’ll never walk alone dalam mesyuarat.

Saya pasti review terbaharu Asmawi Bakiri yang menidakkan kemampuan The Reds untuk trofi yang dinanti selama 29 tahun lebih menyakitkan mata penyokong Liverpool yang juga pengikut di Stadium Astro - terus saya terfikir apa agaknya yang mahu diluahkan kumpulan ini jika mereka mendapat ruang dan platform yang sama.

Jadi, izinkan saya berkongsi nukilan salah seorang penyokong tegar Liverpool di Malaysia dan bukan staff Astro bermula dari perenggan berikutnya.

—————

Seri Dikeji, Kalah Dihina
Oleh Brad Zick

"Mandul" . Itulah ungkapan yang sering dilemparkan oleh para 'haters' terhadap pasukan Liverpool yang sudah hampir 30 tahun tidak memenangi kejuaraan liga.

Selepas seri tanpa jaringan dengan pasukan Manchester United tempoh hari, ramai mengandaikan pasukan pimpinan Jurgen Klopp bakal kempunan sekali lagi dalam usaha menamatkan kemarau kejuaraan liga buat pasukan Liverpool.

The Reds dilihat di landasan terbaik pada hujung tahun lalu apabila mendahului pencabar terdekat, Manchester City dengan kelebihan 7 mata - namun ketumpulan jentera serangan yang diketuai Mohamed Salah mengakibatkan kelebihan itu berkurang kepada hanya 1 mata sahaja.

Harus diingat, Mohamad Salah masih lagi mendahului senarai penjaring terbanyak bersama Sergio Aguero dengan 17 gol biarpun dikecam peminat United yang mengatakan beliau hanyalah 'one season wonder' - kumpulan sama yang kini menjulang Luke Shaw yang sering menjadi mangsa kecaman penyokong sendiri hanya kerana bereskan satu tugasan - mengekang kemaraan pemain Mesir itu.

Pendapat peribadi saya, kegagalan meraih kemenangan tempoh hari adalah disebabkan tiada satu pun pemain yang memang berasal dari Liverpool tempoh hari, dimana semangat ‘rivalry' itu tidak wujud seperti yang dibawa Steven Gerrard sebelum ini - Treant Alexander Arnold yang berdarah Liverpool pula tidak diturunkan untuk diisi James Milner di bahagian bek kanan.

Hanya tewas satu kali sepanjang musim 2018/2019 , bermakna saingan berbaki 11 perlawanan lagi - benar ia begitu penting buat anak buah Jurgen Klopp tapi apakah ia tidak penting buat Manchester City mahu pun seteru setempat mereka? - ketika Klopp hanya perlukan satu keberanian untuk menggunapakai taktik baru bagi mengembalikan sengat yang secara automatik babitkan bahagian serangan dengan Mohamad Salah perlukan idea segar untuk bergerak.

Saya sering terfikir, mengapa kebanyakkan penyokong EPL amat gusar jika Liverpool muncul juara biarpun sudah begitu lama tidak memenangi trofi ini dan ia akhirnya membawa kepada rumusan bahawa mereka sebenarnya mungkin risau jika tiada lagi bahan untuk diperkatakan ketika lepak di kedai mamak atau lebih tepat, bahan itu nanti adalah pasukan mereka sendiri yang terpaksa disamakan seperti Liverpool yang kononnya hanya bercerita tentang sejarah. 

——————

Setuju atau tidak? Tepuk dada tanya selera. Kata Pep Guardiola, kejuaraan musim ini hanya akan dapat diketahui pada baki 2 aksi terakhir. Kenapa kita perlu percaya dengan ramalan pengendali Manchester City yang berKPI pertahan kejuaraan anak buahnya pun saya tak pasti. Cuma yang jelas, Astro Arena tak bias dan orang yang buat pengakuan suaminya curang itu isteri Aliff Aziz tau bukan Aliff Satar.
 

Advertisement

Must Watch Video