Ah Moi Melayu, Kak Cina
Orang Melayu fasih bercakap Mandarin.
Nama glamor, Ah Moi Melayu.
Kawannya Cina, tapi bahasa Melayunya pekat.
Dipanggil Kak Cina.
Malaysia tersangat indah.
Masyarakatnya berbilang bangsa, agama, dan budaya.
Bahasa Melayu, Mandarin, Tamil, Inggeris dan sebagainya dipertuturkan tidak mengira bangsa.
Siti Fatimah Binti Mohamad aka Ah Moi Melayu, sangat petah berbahasa Mandarin.
Dengan hanya mendengar percakapannya dengan rakan-rakan Cina, ramai yang tergamam.
Pelari pecut negara itu selesa berkomunikasi dalam bahasa Melayu, Mandarin dan Inggeris.
“Saya belajar di sekolah rendah Cina dan ramai kawan-kawan Cina. Ia banyak memberi kelebihan dapat bertutur dalam Mandarin. Berlawak jenaka pun lain sikit. Satu hari nanti peluang kerja di korporat lebih senang”, kata pemenang pingat gangsa 4x100m di Sukan SEA 2015 Singapura.
Selain Siti, kebanyakan para atlet negara dalam sukan terjun seperti Pandelela Rinong dan pemain ping pong Muhamad Ashraf Haiqal Bin Rizal juga fasih berbahasa Mandarin kerana kerap berpangkalan di negara China.
Bahasa Melayu pula merupakan bahasa kebangsaan.
Seorang lagi atlet negara dalam acara terjun berbangsa Cina yang molek orangnya, apabila membuka mulut berinteraksi dalam bahasa Melayu, tanpa melihat mukanya, ramai yang menganggap Leong Mun Yee seorang wanita Melayu.
Si Kakak Cina ini disenangi oleh rakan-rakan kerana petah bercakap dalam bahasa Melayu juga Mandarin dan Inggeris.
Dalam kebanyakan negara di dunia, rakyat mereka hanya boleh bertutur dalam satu bahasa atau dua.
Malaysia perlu bangga dengan rakyat majmuknya yang handal dalam lebih daripada 2 bahasa.
Bahasa dapat menyatu-padukan Malaysia.
Begitu juga sukan.
Baru-baru ini Datuk Lee Chong Wei dilantik sebagai Ikon Perpaduan Nasional.
Marilah kita bersama-sama menghargai keindahan negara kita, Malaysia.
Selamat Tahun Baru Cina!