Malam kelmarin, SMK Datuk Harun muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Mokhtar Dahari selepas menundukkan SMK Sijangkang Jaya 3-2 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Saya berkesempatan untuk mengekori rapat kejohanan B-15 anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) itu dan kagum dengan semangat juang dan kemahiran yang dimiliki pasukan-pasukan muda dari negeri Selangor.
Sebanyak 32 pasukan bertanding dalam kejohanan yang menawarkan hadiah wang RM8,000 di samping piala pusingan dan medal itu.
Antara yang mencuri tumpuan saya adalah kelibat pemain terbaik kejohanan, Afiq Anuar.
Selaku juara Piala Sumbangsih -- selepas membenam SMK Meru 2-0 dalam aksi pembuka tirai -- SMK Datuk Harun memulakan penguasaan mereka seawal saingan Kumpulan G di mana mereka meraih dua kemenangan dan satu keputusan seri.
Selepas diikat 2-2 oleh SMK Kelana Jaya dalam aksi pertama peringkat kumpulan, pasukan di bawah naungan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) itu menewaskan SMK Bandar Tasik Kesuma (1-0) dan SMK Desa Minium (4-0) untuk melangkah ke pusingan 16 selaku pendahulu kumpulan.
Afiq menjaringkan tiga gol daripada keseluruhan tujuh yang dihasilkan pasukannya dan walaupun gagal menjaringkan sebarang gol dalam aksi pusingan 16 ketika menentang SMK Bagan Terap, dia masih mampu untuk menghasilkan bantuan jaringan yang membantu kemenangan 2-0 pasukannya.
Afiq sebenarnya mempunyai fizikal yang baik sebagai pemain bola sepak dengan gaya permainan keras dan penyudah bola leretnya cukup digeruni sebagai seorang penyerang.
Selepas digantung daripada menyertai perlawanan suku akhir gara-gara mengumpul dua kad kuning berturut-turut -- SMK Datuk Harun menewaskan SMK Serendah 2-0 -- Afiq menjaringkan hatrik yang membenam SMK Meru 4-0 untuk mencongak perhitungan dengan SMK Sijangkang Jaya dalam final.
"Saya amat gembira dan berbangga selepas membantu pasukan ini meraih kejuaraan.
"Sebenarnya, saya mengalami kecederaan (paha) ketika aksi separuh akhir, namun pasukan ini memerlukan saya.
"Selepas mendapatkan kebenaran jurulatih, saya memilih untuk diturunkan dan Alhamdulillah saya berjaya menjaringkan gol," katanya sebaik dinobat pemain terbaik kejohanan selepas turut menjaringkan satu gol menerusi sepakan penalti dalam aksi final.