Kita semua tahu bahawa Jepun merupakan sebuah negara yang kaya dengan adab dan tata tertib. Yang lagi membuatkan kita sebagai orang luar ini lebih kagum adalah hampir kesemua rakyat mempraktikkannya dan sentiasa patuh dengan gaya hidup tersebut dalam kehidupan mereka seharian.
Nilai yang ada ini mungkin sudah sebati dalam hidup mereka dan mungkin itulah antara salah satu faktor yang menyumbang kepada kemaraan mereka ke peringkat 16 terbaik dalam Piala Dunia kali ini.
Dalam peringkat kumpulan H, Jepun diletakkan bersama pasukan Colombia, Senegal dan Poland dan memperoleh empat mata hasil daripada kemenangan ke atas Colombia, seri ke atas Senegal dan kalah dalam perlawanan terakhir kumpulan ketika menentang Poland.
Apa yang menariknya di sini walaupun berkongsi mata dan mempunyai perbezaan bolos jaringan yang sama dengan Senegal, kemaraan mereka di peringkat seterusnya hanya dapat ditentukan melalui undang-undang 'fairplay'.
Jepun juga satu-satunya pasukan daripada benua Asia yang layak ke saingan kalah mati apabila pasukan seperti Iran, Australia,Arab Saudi dan Korea Selatan terkandas di peringkat kumpulan.
Bertemu mereka nanti di perlawanan seterusnya adalah juara kumpulan G, iaitu pasukan di ranking ketiga dunia, Belgium.
Jika dilihat daripada keputusan semasa Belgium tampak lebih berpeluang ke peringkat suku akhir apabila mencatatkan keputusan bersih setelah memenangi kesemua perlawanan termasuk menewaskan England.
Namun begitu, keputusan semasa tidak menjamin apa-apa sehinggalah tiupan wisel di akhir perlawanan. Ini lah yang terjadi apabila juara dunia edisi lalu Jerman terpaksa pulang awal apabila menghuni tangga tercorot kumpulan F setelah hanya memperoleh tiga mata dan dimalukan Korea Selatan apabila tewas 0-2 dalam laluan terakhir.