Seorang demi seorang atlet para negara memperlihatkan penurunan graf prestasi masing-masing.
Terbaru, atlet lompat jauh para negara yang bersaing dalam kategori T20, Siti Noor Radiah Ismail, sekadar memperbaiki pencapaiannya dalam Kejohanan Dunia di mana rekodnya dalam edisi di London 2 tahun lalu, 4.96 meter, bukanlah contoh terbaik untuk dijadikan penanda aras.
Selaku pemenang pingat gangsa Sukan Paralimpik Rio, Radiah berada di kelas tersendiri dan sepatutnya mencuba untuk menandingi rekod peribadi terbaiknya, 5.20 meter, yang kini sudah berusia tiga tahun.
Paling tidak pun, Radiah perlu memastikan prestasinya tidak jauh daripada apa yang direkodkan dalam Sukan Para Asia Jakarta-Palembang hujung tahun lalu, yang hanya kurang 0.2 meter daripada taraf Sukan Paralimpik.
Itu pun selepas Radiah gagal mempertahankan pingat emas yang dimenanginya di Incheon pada 2014.
Jika kita lihat dalam Kejohanan Olahraga Para Dunia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Radiah sekadar bermula dengan lompatan sejauh 5.11 meter dan memperbaiki 0.02 meter dalam percubaan kedua.
Bagaimanapun, apa yang direkodkannya dalam lompatan ketiga bukanlah peningkatan sebaliknya Radiah sekadar melakukan 4.99 meter - sama seperti pencapaian terbaik yang dilakukannya ketika memenangi pingat emas Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur.
Dan ini menimbulkan persoalan, apakah Siti Radiah mengalami kecederaan atau pun dia berada di bawah tekanan yang tinggi selepas kegagalan rakan seperjuangan, Abdul Latif Romly, untuk menyerlah dalam kempen kali ini.
Abdul Latif, atlet lompat jauh para negara yang juga bersaing dalam kategori sama kerana masalah pembelajaran, tidak berjaya untuk mempertahankan pingat emas yang dimenanginya di London apabila sekadar merekod pencapaian terbaik sejauh 7.24 meter dalam percubaan terakhirnya di peringkat final -- 0.15 meter dibezakan dengan pemenang pingat emas, Ranki Oberoi, dari Belanda yang turut memperbaharui rekod kejohanan.
Bagaimanapun, kesungguhan Abdul Latif untuk terus bersaing wajar diberikan pujian kerana anak jati Perlis itu mengalami kecederaan pergelangan kaki kanan ketika beraksi dalam percubaan kedua.
Seorang lagi atlet para negara yang mengalami kemerosotan prestasi adalah pelari pecut, Ridzuan Puzi, yang memenangi pingat gangsa dalam acara 100 meter lelaki T36.
Sebelum ini, Ridzuan gagal mempertahankan pingat emas yang dimenanginya di Doha pada 2015 dengan meraih pingat perak dalam edisi berikutnya di London ketika prestasinya dikatakan baik.
Kekecewaan kali ini juga dirasakan berganda apabila pemenang anugerah Atlet Para Lelaki Terbaik Asia 2018 itu, yang memegang rekod Asia menerusi 11.87 saat, kehilangan gelaran itu kepada atlet China, Yang Yifei, yang memenangi pingat perak di Dubai dengan catatan baru, 11.79 saat.
Sumbangan pingat gangsa daripada atlet berusia 32 tahun itu menyaksikan Malaysia meraih tiga pingat keseluruhan termasuk dua perak daripada Jonathan Wong dalam acara lompat jauh T12 dan Muhammad Ziyad Zolkefli menerusi acara lontar peluru T20.
Apakah ini gambaran persembahan atlet para negara di Tokyo nanti? Ya atau tidak, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) silalah buat sesuatu.