Saya tidak dapat bayangkan bagaimana sambutan bulan ramadan pemain-pemain yang tidak dapat gaji berbulan-bulan lamanya. Jika sebelum ini mereka dapat menikmati juadah berbuka puasa, namun mungkin kali ini suasananya berbeza sekali.
Kebanyakan mereka kini hidup sengsara kerana tiada sumber pendapatan tetap susulan daripada hilang pekerjaan sebagai pemain bola sepak. Mereka yang saya maksudkan ialah pemain-pemain daripada pasukan Kuantan FA dan Perlis.
Saya dimaklumkan, ada dalam kalangan mereka terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan termasuk menjual burger untuk meneruskan kehidupan masing-masing. Lebih teruk, ada juga yang rumah dan keretanya ditarik pihak bank selepas gagal menjelaskan bayaran bulanan kerana tidak mendapat gaji.
Situasi ini memang cukup mendukacitakan ketika pemain bola sepak kita sudah bergelar profesional dan masalah gaji sebenarnya seperti tiada kesudahan kerana sering berlaku dalam kancah bola sepak Malaysia.
Siapa bila perkara sebegini akan terjadi? Persoalan itu pasti berlegar-legar di minda warga bola sepak tanahair yang agaknya sudah bosan dengan isu tunggakan gaji pemain.
Justeru, sebagai pencinta bola sepak tanahair, saya berharap Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM dan Malaysia Football League MFL dapat mengenalpasti mekanisme terbaik untuk menangani isu ini agar ia tidak berulang di masa hadapan.
Saya juga mengharapkan badan induk itu dapat menguruskan kes tunggakan gaji Kuantan FA dan Perlis ini dengan tegas agar segala hutang pemain dapat dijelaskan pasukan terbabit. Bukan sedikit atau banyak jumlah yang perlu dibayar, isunya adalah ia adalah hak pemain jadi tidak salah mereka menuntut hak mereka.
Jumaat lalu, FAM menerusi Jawatankuasa Status mengarahkan Kuantan FA membayar tunggakan gaji 24 pemain lebih RM762,000 ketika pasukan itu sudah digugurkan daripada Liga Malaysia. Turut diarahkan untuk menjelaskan hutang kepada pemain adalah Persatuan Bola Sepak Perlis sebanyak RM182,000 membabitkan 22 pemain.
Mereka diberikan tempoh selama 30 hari untuk menyelesaikan segala tuntutan bagi mengelak perkara itu dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi.