Aku tak tahu nak bermula dari mana. Tetapi saat ini fikiran aku masih berpusat kepada pemilik nama Allahyarham Izuwan Hj Ariffin yang menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 6.15 petang di Sime Darby Medical Centre (SDMC), semalam.
Izuwan Hj Ariffin atau lebih dikenali sebagai 'Black' adalah individu belakang tabir yang merupakan tulang belakang sebenar kepada atlit paralimpik negara membabitkan semua aspek.
Jawatannya di Majlis Sukan Negara (MSN) selaku Ketua Cawangan Bakat Paralimpik namun kejayaan atlit seperti Latif Romly, Ridzuan Puzi, Ziyad Zolkefli dan Siti Noor Radiah Ismail di Sukan Paralimpik Rio Brazil 2016 tidak disaksikan dengan matanya sendiri.
Tetapi aku yakin Abang Black lah insan yang paling gembira di bumi Malaysia tatkala air mata gembira berjaya di lakar keempat-empat atlit kebanggaan paralimpik ini.
" Menumpang tuah orang." Aku masih ingat itulah antara caption yang di tulis Abang Black pada satu gambarnya bersama Latif, Ziyad, Ridzuan dan Radiah yang di letak dalam laman facebooknya.
Abang Black tidak pernah lekang daripada wira paralimpik negara ini sebaik mereka pulang ke Malaysia. Sepenat-penat 4 wira paralimpik ini menerima undangan di pelbagai majlis untuk di raikan kejayaan mereka, penat lagi abang Black yang perlu mengurus segala keperluan mereka siang dan malam.
Tapi abang Black tetap tersenyum. Malah terlalu bangga untuk terus berada di sisi mereka. " Bila lagi nak macam ni." Itu antara kata-kata abang Black.
Kejayaan atlit paralimpik negara antara topik perbincangan kami setiap kali kami berjumpa.
" Kalau kat Rio aku tak dapat tengok secara live kejayaan mereka, lagi 4 tahun di Tokyo, aku mesti kena ada kat sana." Itu antara seloroh abang Black, bersahaja tapi mendalam maksudnya.
Aku menambah. " Kita p sama-sama bang, baru ada geng. "
" Tunggu abang jadi Pengarah Cawangan Paralimpik dulu." Seterusnya sembang kami berakhir dengan gelak besar masing-masing.
Itu antara kenangan yang tak akan aku lupakan.
Sehari sebelum pemergian Abang Black, aku sempat menziarahinya di Unit Rawatan Rapi ICU SDMC.
Jujur aku katakan, hati aku tak kuat untuk tengok sendiri keadaan Abang Black terlantar dengan wayar berselirat di badannya bersama alat sokongan pernafasan yang aku sendiri tak faham maksud bacaannya.
Luluh hati aku.
Aku cuba buka mulut. Untuk memulakan perbualan kami. " Abang Black ...... " Aku tak mampu nak meneruskan ayat, bergenang air mata, terketar-ketar bibir aku nak meneruskan ayat seterusnya. Sudahnya aku berlalu dari katil yang menampatkan Abang Black, di satu sisi lain aku menangis semahu-mahunya.
Aku kumpul kekuatan lain. Sekali lagi aku masuk mengadap Abang Black, " Abang Black .. bangun laa, jangan tidur lama sangat, ingat tak abang janji nak pergi Tokyo, banyak kerja yang kita nak kena buat ni .... " itu antara perbualan akhir yang boleh aku kongsi kan di sini.
Kita mahu dan masih perlukan Abang Black di bumi sementara ini tetapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk Abang Black.
Khabar duka pemergian Abang Black aku terima ketika sedang bertugas membuat liputan perlawanan liga perdana membabitkan UiTM melawan Negeri Sembilan di Stadium UiTM Shah Alam pada Khamis.
Yang aku tahu aku mahu segera selesai tugasan dan bergegas ke SDMC untuk beri penghormatan terakhir. Kepala aku kosong. Satu per satu kenangan dengan Abang Black terlayar. Baik daripada zaman belajar nama Black sememangnya sudah sinonim dengan pelajar-pelajar Sains Sukan & Rekreasi UiTM sebagai senior yang paling dikenali dan paling rare. Sehingga aku memulakan kerjaya sebagai wartawan sukan, Abang Black antara insan terdekat melihat aku bertatih di awal karier. Dengan nasihat dan berkongsi pengalamannya sedikit sebanyak jadi kekuatan aku bertahan dalam line-media yang sememangnya asing untuk seorang individu yang merupakan graduan "sportrec".
Tenanglah Abang Black, kami redha dengan pemergianmu, semoga roh Abang Black dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan solihin. Amin ya rabbalalamin.